Thursday 27 October 2011

1300

"Fuh, sekejap je kan kita da nak tamat belajar... " Sofy menjerit gembira. Aku mengangguk tanda setuju. "Kau praktikal kat mana?" Sofy menghempaskan badannya kekatilku gembira. "Tak sure lagi.. aku masih carik ni.." Aku mengangkat bahuku sedikit tanda tidak tahu. "Nak kerja kat company papa aku?" Sofy memandangku penuh harapan. Sofy akan menjalani latihan praktiknya di syarikat papanya. Pastinya sangat mudah. Aku tergelak kecil. "Come on! papa like you very much. Plus, you will get full allowance!" Aku memandang wajahnya penuh minat. "Allowance? how much?" Aku bertanya lagi. "I think, if i ask papa he can give minimum RM1300 to YOU!" dia menumbuk bahuku sedikit. Aku tersenyum memikirkan allowance yang mungkin aku dapat bekerja di syarikat papa Sofy.  Tapi, aku da berjanji dengan ibu... Aku mengerut dahiku sedikit. "Jadi tak?" Sofy merenung wajahku lama. "Ibu aku..?" Sofy membungkamkan wajahnya sedikit. Kami berdua mengeluh lagi. Berfikir.

Keluhan ibu kedengaran berat. "Tidak mengapalah, sana peluang lagi banyak. Untuk masa depan cerah". Kata-kata ibu aku dengar teliti. Sekali lagi ibu mengeluh.  Dada aku seakan sesak. Aku menarik nafas dalam.  Betul ke ape yang aku buat ni? aku sendiri tak pasti.  Aku da berjanji dengan ibu akan menjalankan latihan praktikal di kampung.  Dia begitu gembira. 

Titik.

Masa berlalu terlalu pantas untuk aku, semester ini merupakan semester akhir untuk aku. Selepas ini, aku akan menjalani latihan praktik di kampung halaman. Hati ku gelisah, gundah dan tak tentu arah. Sehingga kini, hati Dania masih belum dapat aku miliki sepenuhnya. Aku sendiri terkadang keliru, dimanakah garis perhubungan kami? ingin aku lukiskan satu garisan untuk ku jadikan panduan.. namun, dari manakah patut aku mulakan? mungkin aku patut mulakan dengan menamakan perhubungan ini.. Wajah Dania yang menghiasi skrin telefon ku, aku tatap lama. Keluhan berat di lepaskan.

"Why not?" Aku mengerutkan dahiku tanda tidak selesa. "Bro, please lah.. dont play-play, gua ade exam besok ni" Dania berpaling memusingkan badan dan menyandarkan badannya kebelakangku selesa. Jantungku berdegup laju, titik-titik peluh memenuhi dahiku. "Weh..." Dania mengeselkan kepalanya dibelakang kepalaku. Aku tersentak. "Panas ke?" Mata Dania bulat memandang aku yang sedang mengelap peluh didahiku. Aku tersenyum sedikit. Hambar. "Come" Pantas Dania menarik wajahku dan mengelap peluh didahiku dengan menggunakan hujung bajunya. Haruman minyak wanginya yang lembut menyerbu masuk kerongga hidungku. Aku memandang wajahnya lama. Dia meniup wajahku beberapa kali dan tersenyum. "Ok dah?" Pipiku di elus lembut. Aku mengalihkan wajahku semula. Dia kembali membelakangkanku dan bersandar ketubuhku. Aku menarik nafas perlahan. Buku aku capai dan aku tatap. Seakan membaca dengan tekun, walau hakikatnya fikiranku melayang pada Dania. Pertanyaan yang sangat mudah tidak dapat di jawab. Terasa sedikit kecewa dengan reaksinya bila aku tanyakan pendapatnya bila ramai yang menyebarkan gosip mengenai kisah cinta kami. Kenapa tidak kita berikan satu nama perhubungan ini? Nampaknya dia memang sengaja membiarkan perhubungan ini tanpa nama.. Keluhan kecil aku lepaskan. Aku kerling kelibatnya dengan ekor mataku. Dapat aku rasakan degupan jantungnya, dapat aku hidu haruman bau rambutnya, dan dapat aku rasakan bahang tubuhnya.. Sememangnya dia begitu dekat disisiku.. tapi semakin dekat dia denganku, semakin jauh aku rasakan..

Petang itu aku biarkan sunyi. Perlahan ku atur langkah kakiku menuju ke hostel. Fikiranku melayang lagi. Jauh tanpa sempadan. Beberapa minggu lagi... semester akan tamat. Sekiranya Dania masih bermain tarik tali denganku, mungkin hari terakhir semester ini akan menjadi titik noktah bagi hubungan kami. Hubungan yang tiada siapa akan mengerti. Aku mengerutkan dahiku keras. Aku buka mataku besar dan mengamati susuk tubuh yang sedang memerhati langkahku. Aku tersenyum.

Sunday 23 October 2011

Isyarat.

"Come on, you know i like you" aku merenung wajahnya lama. Dia berpaling. Malu barangkali. Aku tersenyum gembira. Bak kata orang, kalau seorang gadis berpaling dan berdiam diri bila ditanya soal hati. Tandanya suka. Hatiku tersenyum sendiri. Bagus juga hint-hint orang lama ni. At least aku tak nampak terlalu naif didepan gadis. Keadaan hening seketika, Dania mengambil masa yang terlalu lama sebagai seorang pemalu. Perlukah aku mengambil langkah seterusnya?. Nafas aku tarik dalam. "Babe, you ok? You've been silent like a corpse you know" Aku memegang bahunya lembut. Janggal. Shes shaking... is she? crying? Aku jadi tidak keruan. Bahunya aku hadapkan kearahku. Titisan-titisan air mata jelas kelihatan. Oh gosh, how stupid i am. I was too happy and confident that its a positive response and forgetting the fact that it isnt!. Deraian air matanya semakin deras. Aku panik. 

"Dania, kenapa ni? whats wrong? do you hurt somewhere?" Persis seorang doktor, aku meneliti telapak tangan dan kakinya berulang kali. Risau. Dalam sekelip mata, Dania kini berada di dalam dakapanku. Erat. Panas. Degupan jantungku rasanya dapat didengari oleh semua orang disekelilingku. Kini, aku tersengih malu. Mungkinkah ini dikatakan respond positive? Perlahan aku membalas pelukan hangat Dania. Rambut pendeknya aku usap perlahan. Walaupun aku tahu, orang akan memandang kami pelik di saat ini. Ramai yang memandang dengan pandangan kotor, berkerut dahi dan berbisik sesama sendiri. Pandangan kasar manusia, Aku dan dia adalah dua orang lelaki sedang asyik berpelukan. Aku sedar, kemungkinan aku dipanggil Gay, amat tinggi. Namun yang pasti, hakikatnya.. Didalam dakapan aku kini seorang gadis, gadis yang ingin dicintai dan disayangi. Gadis yang hakikatnya tidak pernah mengenal apa itu cinta kerana terlalu asyik dengan dunianya sendiri. Inilah dia, gadis yang akan aku cintai seumur hidupku ini. Aku menarik nafas dalam, lega.

"Im sorry.." Dania mengesat airmatanya yang bersisa. Aku tersenyum memandangnya. "Its ok, you look cute when you were crying" Aku berseloroh. Dia menyiku perutku sedikit. Kalau dulu, sikuan itu terasa kuat dan pedih. Tapi kini, sikuan itu aku kira manja dan lembut, cukup untuk mengukir senyuman di hatiku, bahagia.  Kriiuk.... Dania pantas menutup perutnya dengan kedua tangan. Aku memandang kelatahnya dan tertawa perlahan. Wajahnya kemerahan menahan malu. "Jom, mamak sana. Your favorite!" Aku memuncungkan bibirku panjang. "Oi, mane pulak mamak akunye favorite!" Dia mencebikkan bibirnya geli. Aku tergelak lagi. "Ok, ok.. roti canai mamak, your favorite" Aku mengusap rambutnya mesra. Seperti biasa, dia akan membetulkan rambut nya persis seorang model lelaki dan memandangku dengan senyuman. Ya, Senyuman inilah.. Senyuman ini yang akan membuat aku gila. Aku mengeleng kecil. Langkahnya yang kecil menyebabkan aku terpaksa melambatkan langkahku. Langkah kakinya yang pendek aku kategorikan sebagai comel. Dia seorang gadis yang biasa, hanya berbaju tshirt dan jeans bertemankan kasut sport yang tampak selesa. Tidak seperti gadis-gadis kota yang lain. Baju yang berharga hampir ratusan ringgit namun tidak mampu menutupi walau 50% dari tubuhnya, kasut yang berharga juga hampir ratusan ringgit, bertumit tinggi dan menyakitkan kaki. Cara Dania lebih menyejukkan mata. Aku mengerling Dania disisiku sekali lagi. "Cepatlah budak kecik!" Sengaja aku menarik tangannya dan mengenggamnya kemas. Tangan kecil itu cuba meleraikan genggaman ku,  aku memperkemaskan genggaman tanganku erat. Akhirnya dia akur dan mengikutiku rapat. Aku tersenyum lagi. Nampaknya aku semakin nakal sekarang. Ibu pasti marah bila tahu anaknya sudah besar kini. Aku terus tersenyum. Senyuman ini, Dania.. Senyuman yang kau berikan padaku ini.. mungkinkah akan menjadi milikku selamanya? Sesungguhnya aku harapkan kau dapat terus menjadi sebab untuk aku mengukir senyuman ini sehingga keakhir hayatku... 

Friday 21 October 2011

Speedial.

"Dania" Aku menatap wajahnya lama. Dia mengerutkan dahinya dan menjeling aku keras. Aku memintas langkahnya pantas. Dia terhenti. Rapat. Dia mengangkat mukanya memandang wajahku dengan tegas. Aku menelan air liur ku, gemuruh. "Hye" Aku tersenyum sambil menunjukkan tanda 'peace'. Dia memandang tanganku lama.. "Hye?? Peace?" die memandang wajahku lama dan.. ketawa terbahak-bahak. Semua pelajar melihat dan berbisik sesama sendiri. Wajahku menjadi merah. Aku mengaru kepalaku yang tidak gatal. Melihat reaksi Dania membuatkan aku tersenyum kambing. Aku memegang bahunya kuat. Cuba menghentikan tawanya. Dia memandang wajahku tepat. Matanya yang bulat dan suci dari sebarang alis makeup tanpa sungguh naif.. dan comel... Dia menolak tanganku sedikit dan menjarakkan kedudukannya. Aku berdehem perlahan. 

"Kau nak ape?" dia mengangkat keningnya kearahku. "Oh...er.." Aku memandang sekelilingku cuba mencari alasan. "Oi, bro aku tanya kau lah.. boleh ko buat tak tahu? Kau ingat aku cakap ngan tiang ni ke? Hee.. Aku bagi sekali ko tau lah.." Dia menunjukkan genggaman tangannya kearahku. Kecil. Aku tersenyum lagi. "Jom makan" Aku menarik tangannya mengikuti aku. "Weih, Weih.. bro sabar bro sabar.. Ramai orang tengok ni.. jatuh saham aku lah" dia menutup wajahnya sambil mengikuti langkahku. Aku tertawa lagi.

Dania binti Abdullah... Danny... Aku menggeleng kecil.

Nama itu seringkali menjadi sebutan hati aku kini. Sekiranya Sofy tahu yang 'lelaki' yang dia cemburukan itu adalah seorang gadis. Pastinya dia akan membunuh diri. Aku tersengih sendiri memikirkan reaksi Sofy nanti. Telefon aku capai dan speed dial 1 aku tekan.. Aku tersenyum lagi. Kalau orang lihat, pastinya orang ingat aku gila. Asik tersenyum sendiri. Aku juga terkejut dengan diriku sendiri. Entah sedari bila, dia kini mempelopori hidupku. Diary ku, inbox SMS aku dan juga kini dan speed dial aku. Tiada jawapan.  Aku mengerutkan dahi. Jantungku berdegup laju. Risaukah aku? Marah kah? Aku sendiri tidak pasti.

"Hye Dania, Where are you?" butang hantar aku tekan. Telefon ku bergetar, mesej dari Cik Sweather diterima. Aku tersenyum riang. "Got lecture, waiting for presentation.. Nervous like hell!" Aku tertawa perlahan. "Eh!, in that case R U wearing a skirt or pants?" Aku tergelak sendiri. satu mesej diterima.. "GTH" ?? Aku terbahak kuat. Dia sangat comel. Hati aku berbunga. Kunci bilik aku capai dan langkahku aku atur kemas.




Masa.

Aku melangkah masuk keperut rumah yang pernah aku tinggalkan dulu. Kaki ku terhenti kaku. Segalanya tampak sama. Sama seperti sewaktu aku melangkah keluar setahun yang lalu. Mataku terasa panas. Aku menarik nafas lega. Waktu seakan terhenti, aku terasa bahagia. Pengorbanan yang Ayah dan Ibu lakukan tak mungkin akan aku lupakan. 

Sebulan sudah berlalu, ibu masih lagi melayan aku seperti baru semalam kami berjumpa. Ada ketika, ibu tidak dapat menahan sebaknya dan membiarkan juraian air mata jatuh dipipi tuanya. Seminggu lagi, semester aku akan bermula. Kali ini, ibu lebih bersedia. Semua baju tersusun kemas dan bersih. Wajah nya tampak gembira. Mungkin kerana dia tahu,masa aku di Universiti semakin singkat. Aku akan kembali lagi nanti. Hati ku sedikit tenang. Melihatnya kembali tertawa dan gembira. Hati aku sekali lagi tersenyum. 

"Ibu, nanti tahun depan orang da duduk rumah tau.. sebab final semester orang kena pergi latihan praktikal di syarikat". Aku tersenyum melihat riak wajah nya yang bersinar. "Iye ke? Alhamdulillah.. Ya Allah.. terima kasih Ya Allah, Kau kembalikan anak aku kepada ku sekali lagi Ya Allah". Ujarnya gembira sambil menadah tangan. Badanku diurut gembira. Aku tertawa kecil. Wajah ayah ku kerling sedikit, dia memandangku sambil tersenyum dan mengangguk perlahan. Senyuman itu sungguh melegakan. Wajahku terus mengukir senyuman tanpa dipinta.

Monday 12 September 2011

Dulu.

Kami pulang ke UiTM dengan seribu kenangan, Sofy kelihatan lebih tenang dan gembira. Dia kini telah mendapat matlamat yang baru. Merrilyn atau Merry.. Gadis yang baru dikenalinya seakan mengubat jiwanya yang parah. Aku merasa sedikit risau melihat perubahan Sofy yang begitu drastik kerana Merry. Memandangkan Merry seorang penganut Kristian, sooner or later pasti akan menimbulkan masalah kepada keduanya. Mungkinkah Merry akan bertukar agama nanti? Aku hanya berdiam. Tidak berani bersuara. 

Semester berlalu dengan begitu cepat, berpucuk-pucuk surat telah aku kirimkan kepada ibu. Masih tiada jawapan. Aku menjadi gundah. Seorang demi seorang pelajar meninggalkan perkarangan kampus. Cuti semester bermula lagi. Sofy mengajak aku tinggal bersamanya. Mdm. Zues juga menawarkan aku bekerja separuh masa dikedainya. Tapi aku?... Aku ingin pulang ke kampung. Melihat ibu.. Aku rindu pada ibu. 

Perhentian bas kelihatan sesak, sesak dengan orang dan  juga asap. Aku menjadi rimas menanti ketibaan bas ku yang akan bertolak tepat jam 12tengahmalam. 'Alor setar..Alor setar' seorang lelaki menjerit dan memanggil-manggil dari dalam bas. Aku menghampirinya dan menyerahkan tiket. Dia memandangku lama dan berkerut dahi. "Bang, ni Durian Burung bang. Bukan Transnasional. Dia menyerahkan tiket ku kembali. Baru aku sedar, terdapat banyak bas yang menuju ketempat yang sama. Aku tersengih kearahnya dan berlalu menuju ke kaunter Transnasional. "Abang, bila bas ke Alor Setar sampai?" Aku mengangkat keningku tinggi menunggu jawapan. "Sana tu dik, sana" die menunding jarinya kearah sebuah bas Transnasional Coach yang dipenuhi orang. Aku mengeluh lagi. 'Berangan lagi, nasib baik tak tertinggal bas' getus hatiku. Aku berlari anak dan mendaki tangga bas dengan pantas. 

Sejuk. Aku membuka mataku dan mengosok-gosok badanku laju. Bas masih lagi meluncur laju menuju ke destinasi. Semakin lama, semakin dekat aku dengan kampung halaman. Semakin jantungku berdebar. Ibu dan Ayah marahkah padaku? Perasaan gundah terus menguasai diri. Perlahan-lahan wajahnya terbayang dimataku. Its been a year. Wajahnya masih jelas dimataku. Saat ini, pada suatu ketika dahulu.. 

'Terminal Shahab Perdana' suara pemandu bas yang garau mengejutkan semua penumpang. Aku bingkas mengambil beg dan turun ke terminal. Lama sudah aku tidak menjejakkan kaki ke sini. Nafas aku tarik dalam.  Perlahan aku memulakan langkah. Selangkah demi selangkah .."Abang!" Aku dipeluk kuat. Pelukkan ini..... Air mataku menitis perlahan. Panas.

Tanpa aku sangka, ibu menanti aku pulang diperhentian bas setiap malam. Air mataku jatuh lagi. Ayah mengeluh berat. Maaf yang aku pinta bukan mudah untuk diberi. Penderitaan ibu, membuatkan Ayah lebih terluka. "Maafkan Abang Ibu...Ayah..." aku memeluk ibu kuat. Ibu mengangguk perlahan sambil mengusap badanku yang mengeletar teresak-esak.


Tuesday 28 June 2011

Dia.

"Its you?" Dia mengenggam sweather ditangannya kuat. Aku berhenti menepuk pasir-pasir yang menyeliputi tubuhku dan memandangnya lama.  "Me?" soalku mencari jawapan. Dia mengangkat sweather tersebut dan mengangkat keningnya kearah ku. "Ha? Its you?" kali ni aku pula yang menyoal. Mungkinkah jawapan aku sama dengan jawapannya??

Angin sepoi-sepoi menyapa wajahku lembut, aku masih lagi membisu, seakan asyik mengira ikan-ikan yang berlari-lari gembira didasar biru itu. Sekilas aku memandang dia yang juga membisu seribu bahasa, memandang seluas lautan cuba mencari penghujungnya.  Badannya mengigil sedikit. Sejuk barangkali, sama seperti aku. Sejuk!. 'Ehem..' Aku berdehem sedikit kuat, membawanya kealam realiti. Dia mengeluh berat. 'Im sorry..' Aku berdiri dan menghulurkan tanganku kearahnya. Dia memandang tanganku lama tanpa bersambut. Wajahku merah malu diperlakukan begitu, tidak dipedulikan. Aku mengerutkan dahiku sedikit dan menarik kembali tanganku yang dibiarkan kosong. 'So, you and ....' belum sempat aku habiskan soalanku, dia bingkas bangun. Memandangku keras dan berlalu. Aku terpinga lagi. Aku buat salah ke?..

Aku meniti gigi-gigi pantai perlahan, menikmati pasir pantai yang lembut dan hangat. Selesa. Langkahku terhenti lagi. Sofy kelihatan gembira. Nampaknya dia dah jumpa penganti Atillah. Aku tersenyum sendiri dan menukar arah langkahku ke cafe berdekatan. Perlukah aku beritahu Sofy hal sebenar? Aku berfikir sendiri. Andainya dia tahu, apa yang akan berlaku? Gelak tawa Sofy kedengaran jelas dicuping telingaku. Aku tersenyum kecil dan menggeleng perlahan. I should just forget it, and let it be. Aku mengangguk yakin. 

Wajahnya yang putih dan keras terbayang dimata aku. Dia, sangat dingin....

Wednesday 22 June 2011

Jauh.

Satu bulan telah berlalu. Sofy  masih lagi dalam kemurungan. Minggu depan cuti semester. Semua pelajar berpusu-pusu pulang ke kampung halaman. Tapi aku? Aku masih tidak berani pulang melawat ibu dan ayah. Sekiranya aku pulang, pastu Ibu dan Ayah paksa aku berhenti belajar dan bekerja di sana. Aku mengerutkan dahiku keras. Telefon aku capai dan pantas mendail nombor Farouk. "Hello, Farouk.. Mil ni.." Ganggang telefon ku letakkan dengan senyum diwajahku. Pintu dikuak perlahan, aku menoleh.

"Sofy! weih.. jom weih.. kite pergi bercuti kat Sabah!" Aku memandangnya teruja. Saat ini memang dialah orang yang sepatutnya keluar dan bercuti ke tempat lain. "Sabah? Dengan sape?" Aku tersengih dan mengangkat kening ku berulang kali. Sepanjang minggu senyuman gembira tidak lekang diwajahku. Tiket Promo AirAsia yang hanya berharga RM0.10sen telah dibeli. Apartment sponsored by Mdm Zues, lengkap dengan kereta!. Aku tersenyum lagi.

"Aku excited ni weih! first time nak terbang!" Aku memperbetulkan tempat dudukku berulang kali.  Sofy tergelak melihat gelagat aku yang seperti beruk mak yeh. Aku hanya tersengih. Farouk hanya terpinga-pinga melihat Sofy yang tergelak sakan. Sofy menepuk bahu Farouk sambil menggeleng kepalanya dan tertawa melihat wajah Farouk. Nampaknya, percutian ini berjaya mengembalikan semula senyuman diwajah Sofy. Kami menuju ke LCCT. Perjalanan yang sangat jauh kami rasakan dekat. Bermacam-macam isu kami bincangkan. Dari A - Z, isu yang tidak berkenaan juga habis kami bincang.  Sofy nampaknya sangat berminat dengan cerita-cerita politik Farouk. Aku yang tidak mengerti apa-apa pasal politik terleka dengan dendangan lagu-lagu dicorong radio teksi.

"Weih, selamat ke ni?" Sofy tergelak lagi. "Kau betul-betul tak pernah naik flight ke?" Sofy menepuk dahi aku perlahan. Aku memperbetulkan rambut aku yang tidak kusut dan mengeleng sambil mencebik mulut. Farouk dan Sofy tertawa kuat. "Habislah kamu, sekejap lagi kalau terhempas amacam?" Farouk membesarkan matanya yang besar. Aku memandangnya serious. "Cheese!" pantas sofy menangkap gambar aku yang aku pasti bakal menjadi gambar HANGAT diuniversiti. "Pasangkan tali pinggang encik" seorang pramugari tersenyum memandang aku. Aku membalas senyumannya sambil mencari-cari tali pinggang yang dimaksudkan. Sofy dan Farouk memerhatikan aku yang terkial-kial. Pramugari tadi masih berdiri disisiku menunggu. Peluh dingin aku rasakan bertitik didahiku. Perasaan segan dan malu mula bertapak dihati aku. Aku mengangkat wajah memandangnya. Dia tersenyum dan membongkok mendekati aku. Aroma badannya yang semerbak memenuhi rongga pernafasanku. Dia menolak tanganku lembut. memang lembut!. Oh! rupanya tali pinggang kereta dan kapal terbang lain!. Aku mengangguk perlahan. "Terima kasih". Aku tersenyum. Dia membalas dan berlalu menuju kebahagian hadapan. Sofy sekali lagi menangkap gambar aku yang cemas. "Hoi!!" aku cuba merampas camera ditangannya. Dia tergelak lagi. Gosh, how i miss this laugh. Aku tersenyum sendiri.

Apartment Mdm Zues sememangnya besar dan cantik. Esok, kami akan pergi ke Jesselton untuk aktiviti Snorkelling. Tak sabar rasenya! 

Monday 20 June 2011

Kaku.

"Bangun! Bangun!" ketukan kuat dipintu dan laungan suara keras memanggil mengejutkan aku dari tidur. Aku meraba telefon bimbit dibawah bantal. 430pagi? Ape kejut orang pagi-pagi ni? aku berfikir sendiri. "Adoi.. Diamlah orang nak tidur ni!" Sofy menjerit geram. Orientasi kami bermula jam 5pagi. Aku membuka mata malas.  Orientasi ape pagi-pagi buta ni? Kali ini aku mengetus marah. Perlahan aku mencapai tuala dan dengan mata yang separuh terbuka aku membawa baldi mandi ke bilik mandi.  Sebaik sahaja air sejuk itu menyentuh badanku, mataku terbuka besar. Segar. Aku mengigil kesejukkan masuk ke dalam bilik. "So..So..Sofy...." Aku menolak badan sofy sedikit. Tiada respon. "Oiii... Mand..Man...Mandi... Cepat.. Ori..entasi ni" Aku menolak nya sedikit kuat. Dia memandangku dengan pandangan geram. "Leceh betul lah.... " Dia mengaru kepalanya yang tidak gatal kuat tanda protes. Aku masih lagi mengigil dan berlalu masuk ke dalam bilikku.

"Ko kenapa? ko high ke?" Sofy memandangku pelik. "High? banyaklah kau.. Aku sejuk ni.. Kau tak sejuk ke?" Aku mengetap bibirku kuat. "Hahahaha.. Ko mandi ek? Kau ni lurus lah.. Lain kali jangan mandi.." Sofy tergelak lagi. Dia tak mandi? patutlah kejap sangat pergi bilik air tadi. Aku menepuk dahiku perlahan. Penat kami berlari menuju ke Dataran yang terletak agak jauh dari hostel. Waktu orientasi tidak dibenarkan menaiki kenderaan sendiri. Semua pelajar baru diwajibkan berjalan mengikuti program tersebut. Mungkin fasililtator nak layan semua pelajar secara adil.  Nafas Sofy tercunggap-cunggap. "Kau ok ke?" Aku mengurut bahunya sedikit. Dia mengangguk laju. "Biasalah, da biasa naik motor kesana sini, stamina pun dah kureng bro" die tersengih sambil menarik nafas dalam. Aku tergelak kecil. Beruntung juga aku, walaupun terpaksa berjalan kaki kesana sini dibawah terik matahari, at least berjalan itu membantu aku menguatkan stamina badan.

"Hoi, dah habis dah adegan mesra korang? kalau da habes cepat berkumpul kat dataran!!!" Suara pekik seorang fasilitator memecah suasana. "Ekele, apehal mamat tu.. nak mampos dah?" Sofy berdiri tegak, suaranya agak keras. "Udahlah weih, jom cepat. Jangan layan orang gila" Aku menarik tangan Sofy sedikit. Risau juga kalau dia pergi menyerang fasilitator yang masih lagi berdiri bercekak pinggang memandang kami berdua.  Kami diarahkan berlari sepuluh pusingan dan bersenam sebelum masuk ke Hostel mandi dan bersolat di Masjid berdekatan. Orientas dijadualkan akan bersambung pada jam 8pagi.

"Kau orang kalau nak buat taik kat sini, korang boleh segera pack barang dan blah dari Universiti ni, kami perlukan pelajar yang lasak, berdaya tahan yang tinggi, tidak mudah melenting, tidak mudah putus asa!! Ini baru ciri-ciri pelajar yang akan berjaya tak kira di Universiti atau di dunia luar nanti! Kamu faham!!??" Kata-kata Majlis President Pelajar (MPP) yang juga dikenali sebagai Abib itu membakar semangat aku untuk terus berjuang. Wajahnya yang tegas cukup menunjukkan bahawa beliau sangat serius dengan kata-kata nya.  Semua fasilitator beratur dibelakangnya.  Seorang demi seorang fasilitator diperkenalkan. Terdapat 6 orang fasilitator yang terlibat, 5 lelaki dan seorang wanita. Aku memerhati setiap wajah fasilitator tersebut satu persatu. Jika tidak, silap haribulan aku yang menjadi mangsa mereka kalau tidak berhati-hati.

"Kamu semua, kalau berjumpa Senior atau mana-mana Fasilitator lepas ini, jangan buat bodoh aje! Bagi salam! show some respect!. Ini tidak, jangankan tak bagi salam. Sebaliknya saya pulak yang terpaksa tersenyum memandang kamu!" Sofy tergelak kecil dan menyiku lenganku perlahan. "Nak buat macammana, dah dia tak popular, sapa nak ingat" Sofy tergelak lagi. Hari pertama kami diarahkan untuk membuat satu kumpulan yang terdiri dari 7orang pelajar. Tema kumpulan kami adalah Virus. Setiap seorang dikehendaki untuk memilih nama sejenis virus untuk di jadikan nick name. Ada yang memilih Worm, Trojan Horse, Macro dan Hybrid. Aku memilih nama Companion, iaitu sejenis virus yang menukar file berbentuk .EXE kepada .COM. Sesuai dengan diri aku yang ingin menukar kehidupanku yang lama sebagai seorang budak kampung yang naif, kepada seorang budak yang berpendidikan dan cerdas. Aku tersenyum sendiri. 

Hari pertama orientasi berlalu dengan penuh tanda tanya, semua pelajar cuba mengingati setiap nama dan wajah fasilitator.  Setiap hari, salah seorang fasilitator akan memberikan beberapa jenis ujian pengenalan pada mana-mana pelajar yang dipilih secara rawak. "Sial lah!! Awek aku pun dia nak kebas ke!" Sofy menghentak  meja ku kuat. "Apesal weh?" Aku mendekati dia. Wajahnya merah menahan marah. "Sial kau tak tak! Kau kenal fasi nama Danny tak?? Celaka betul lah dia!! Aku nampak dengan mata kepala aku sendiri die berbonceng motor dengan Atilah tadi kau tau tak!!" Suara Sofy semakin keras. "Chill Sofy, Chill.. Kau sure ke dia nak kebas Aty? entah-entah dia just tolong hantar Aty somewhere je" Aku mengerutkan dahiku sedikit. Tidak pasti dengan alasan yang aku sendiri berikan. "Hotaklah, takkan lah nak tolong hantar peluk lekat macam belangkas!" Otak ku ligat memikirkan alasan yang seterusnya. "Atilah takut naik motor kot" Aku berpura-pura tertawa kecil. "Udah lah weih Sofy.. Ape kata kau call je dia tanya, kan senang cerita" Aku mengurut bahunya perlahan. Nafasnya yang keras kini sedikit reda. Dia mencapai helmetnya dan keluar dari bilik aku tanpa sebarang kata. Aku hanya membiarkan dia pergi, dia perlukan masa untuk bersendirian.  Mataku memandang jauh keluar tingkap, wajah ibu dan ayah sekali lagi menjelma dikotak ingatanku. Langit malam ku tenung lama.  Tiada sebarang bintang menyinari sang Bulan. Betapa sunyinya kehidupan bulan tanpa mu wahai bintang sama seperti aku. Sendiri.

"Hari ini hari terakhir orientasi, saya mewakili semua Fasilitator ingin memohon maaf sekiranya ada..." Suara Abib kedengaran sayup dicuping telingaku. Mataku tertumpu pada Sofy yang sedang memandang tajam kearah Atilah yang sedang memaut mesra lengan Danny. Danny sememangnya seorang yang didalam kategori Jambu. Wajahnya kecil dan lembut. Malah tubuhnya juga tidak setegap dan sasa seperti seorang lelaki. Selalunya lelaki bertubuh kecil, berkulit putih dan jambu berasal dari Kelantan. Aku seakan pasti. Atilah tersenyum manis disisi Danny. Sofy mendengus kuat. Terasa sedikit risau melihat sikap Sofy yang jarang aku lihat. "Ok, kini tibalah masa untuk sesi terakhir kita.. Malam ini kita akan mengadakan malam muhasabah diri. Setiap kumpulan dikehendaki naik ke atas pentas dan berkongsi pengalaman sepanjang orientasi ini diadakan, kita bermula dengan kumpulan Dinosaur". Secara tiba-tiba jantungku berdegup laju. Sebentar lagi aku akan berucap di atas. Apa yang patut aku ceritakan? Apa yang harus aku cakapkan?? Dengan tidak semena-mena suasana aku rasakan dingin. Terdapat 4 Kumpulan kesemuanya. Kumpulan Dinosaur naik kepentas dan memperkenalkan diri seorang demi seorang. Mataku memerhati telatah mereka lama. Cuba belajar dan mencari idea untuk memperkenalkan diri. Nafas ku tarik lagi.

"OK, kumpulan terakhir.. Virus!" Jantung aku seakan disentap. Kesemua ahli kumpulan aku bingkas bangun dan bergerak naik ke atas pentas. Pandangan dari atas pentas amat berbeda dengan pandangan di bawah. Aku mengigil gementar.  Aku melihat setiap wajah yang berada dibawah.  Peluh mulai berkumpul didalam genggamanku.   Aku menarik nafas dalam, cuba mencari kekuatan diri. Aku memandang Sofy. Matanya besar dan memandang tepat ke arah Atilah. Aku terlupa yang kini bukan diriku yang patut aku risaukan. Tetapi dia!. Wajah Sofy merah padam. Sama seperti malam itu. Sofy mengenggam tangannya kuat. "Sofy.. Kau jangan.." Belum sempat aku menghabiskan kata-kata aku Sofy berlari turun ke arah Atilah yang sedang melentuk mesra dibahu Danny.  "Kurang hajar!" Sofy menarik badan Danny kuat dan menghempasnya ke lantai. Atilah menjerit terkejut. Aku berlari menerkam Sofy dan menariknya kuat. "Awek orang pun kau nak kebas ke ha sial!" Sofy menjerit seperti orang gila. Atilah berlari mendapatkan Danny. Semua fasilitator turun mengerumuni Danny. Aku memandang Danny sekilas. Dia berdiri memandang Sofy tajam. "Stop it! What the hell is wrong with you Sofy??" Atilah memandang Sofy dengan pandangan yang sukar aku terangkan. "Aty, Shut up and come with me!" Sofy menolak badanku dan cuba menarik tangan Atilah mengikutinya. Atilah menarik tangannya semula kasar "I am not your girlfriend! I never said I am!!". Kata-kata itu bergema memenuhi segenap ruang didalam dewan. Sunyi. Sofy memandangnya tajam. "Aty, how could you! after what i give you and after what we've been through! how could you??" Sofy menjerit kuat. "What?? and now you wanna talk about what you gave me?? is it?? " Atilah tersenyum sinis. "No, No.. No baby.. I love you.. and you know that dont you?" Sofy merenung Atilah sayu. "But I dont love You" Atilah bersuara tegas. "Habis, If you dont.. what about that night?? Why you give me everything if you dont love me!!" Satu tamparan kuat singgah dipipi Sofy. Air mata Atilah mengalir deras. "You such a jerk!" Atilah menjerit kuat. "and you such a BITCH!" Aku yang masih terpinga tergamam bila Danny meluru dan menumbuk wajah Sofy kuat. Suasana kembali riuh. Abib menarik Sofy keluar. Danny menarik Atilah dan hilang dari pandangan mata.  

Saturday 18 June 2011

Awek.

"Weh, cepat weih. Turun. Kita ade taklimat. Lepastu aktiviti dengan Fasi lagi" Gegendang telingaku digegar dengan suara lantang Sofy dari ruangan biliknya. Aku memaksa badanku bergerak dan mengeliat malas. "Bro, gerak" Tekejut aku melihat Sofy yang menyerbu bilikku secara tiba-tiba. Aku mengangguk perlahan. Helmet aku capai dan berjalan mengiringi nya menuruni tangga.  "Mesti ade awek cun-cun ni bro, wah.. aku tak sabar ni!" Sofy menjerit kegembiraan. Awek? Nombor awek di Nilai masih aku simpan didalam wallet. Tak berani nak mengatur langkah pertama.  Wajahnya yang manis berlesung pipit sesekali terbayang dimataku. Walaupun dia tak seputih dan tinggi persis model. Namun, bak kata orang. hitam manis itu tidak jemu dipandang. Aku tersenyum sendiri.  

Taklimat petang itu agak membosankan. Mesej Farouk ku terima gembira. Mdm Zues membenarkan aku bekerja separuh masa ditempatnya pada hujung minggu. Walaupun gaji yang bakal aku terima tidak akan sebesar sekarang ianya cukup membantu. Aku sangat berterima kasih pada Farouk yang telah banyak membantuku. "Yang baju pink tu. ok tak?" Sofy menyentuh tanganku dengan sikunya. Aku mengerling kearah bertentangan. Seorang gadis bertubuh kecil, berkulit putih gebu, dan pandai berdandan. Nampak seperti anak orang berada. iPhone ditangannya aku kerling sekilas. "Ok je" aku menjawab kepada Sofy. Nampaknya dia da jumpa gadis yang akan menjadi temannya nanti. Taklimat berakhir pada jam 4petang. Seorang lelaki berkot hitam berjalan menuju ke arah rostrum. "Dorang ni staff ke?" Aku bertanya pada Sofy. "Staf apenye, ni lah Fasilitator kita nanti, habislah kene ragging nanti ni." Sofy menjeling kearah lelaki tersebut. Rupanya ini lah senior. Aku meneliti setiap wajah senior yang berhimpun disekeliling ku. 

"Minta perhatian semua, sesi orientasi kita akan bermula pada esok pagi jam 5pagi, so do not be late ok.  Thank you". Peringatan yang sangat ringkas dan mendebarkan. Untuk pertama kalinya aku akan berada didalam kumpulan orientasi. Semua pelajar bangun dan segera meninggalkan ruangan dewan menuju ke Hostel. Sofy secara tiba-tiba hilang dari pandangan. Mataku melilau mencarinya diantara pelajar lain.  Jantungku berdebar. Sedari tadi Sofy yang membawaku ke Hostel dan ke Dewan taklimat. Oleh itu, aku langsung tidak mengambil perhatian tentang lokasi aku berada. Aku berjalan laju menuju ke Motosikal.  Mataku terpaku pada Sofy yang sedang berborak dan mengelus mesra rambut gadis tadi. Sebegitu mudahkah seorang gadis mendekati seorang lelaki?. Aku mengerutkan dahiku lagi tanda kurang senang. Aku mendekati Sofy perlahan. 

"Atilah, this is Hazmil. My buddy" Sofy memperkenalkan aku pada gadis itu.  "Hye, Call me Aty" Dia tersenyum manis. Memang manis orangnya. Tapi, cara pemakaiannya terlalu terdedah. Aku mengalihkan pandangan mataku dari memandangnya dengan lebih lama. Seluar Jeans ketat dipadankan dengan baju sleeveless berwarna merah itu terlalu menjolok mata. Ditangannya tergantung sehelai baju sejuk berwarna hitam. Baju sejuk..? Insiden didalam bas kembali berlegar dikepalaku. Kesian. Aku pun terlalu kasar masa itu. Aku tahu dia tak sengaja. Tapi, nak buat macamana. Benda da berlalu. Aku mengeleng sendiri. "Ok, see you tomorrow Aty" Sofy melambai tangannya mesra. "Yeeeha! aku dapat dah.. Shes mine bro.. Shes mine!" Sofy tertawa girang. Aku tergelak kecil melihat gelagatnya yang gelojoh itu. "Take it slow bro, cool sikit" Aku mengingatkan dia. Dia tergelak lagi dan bersiulan kecil, gembira sungguh dia.  Enjin motor dihidupkan dan motornya memecut laju membelah jalanraya yang sunyi menuju ke perkarangan asrama.

Friday 17 June 2011

Kunci.

Bas Mini berwarna pink berhenti tepat dihadapan pintu gerbang UiTM. Langkahku terhenti. Rasa teruja dan nervous bercampur baur. Pengambilan Pelajar Baru. Papan tanda penunjuk arah berada disetiap jalan berbukit itu. Aku mendaki setiap anak bukit dengan penuh semangat, sedikit pun tidak aku rasakan lelah atau penat. Aku melihat ramai orang yang mengenakan suit berwarna hitam dan bertag purple berlari ke sana sini sambil memegang walkie talkie ditangan. Aku merasa hairan. Kalau di Petaling Street aku faham mengapa mereka memerlukan walkie talkie seperti itu, tapi di sini? Siapa mereka ini? Staff keselamatan kah? Rupa body guard jauh sekali. tapi perwatakkan dan cara pemakaian, seperti body guard. Mungkin ada orang besar yang akan datang melawat. Aku tersenyum bangga. Di hari pendaftaran pelajar baru aku sudah dapat melihat orang-orang besar disini. Aku pasti masa depanku akan cerah disini. Perjalanan aku teruskan. Dewan pendaftaran kelihatan sesak dengan para pelajar dan ibu bapa.


Aku terdiam kaku. Semua pelajar hadir bersama Ibu dan Bapa mereka. Tapi aku, aku berdiri disini keseorangan. Menguruskan segalanya sendiri tanpa sesiapa disisi. Sekali lagi ingatanku terbang ke kampung. Apa yang sedang Ibu lakukan sekarang. Sudahkah Ibu telah terima wang kirimanku? Sepatutnya sudah. Aku juga memberikan nombor telefonku. Mengapa tiada sebarang panggilan dari Ibu atau Ayah?.. Marahkah mereka padaku? Aku mengeluh perlahan, sedikit sedih dan kecewa. Ku aturkan langkahku lemah memasuki perkarangan dewan pendaftaran tersebut. Tanpa memperdulikan orang disekeliling aku melangkah menuju ke setiap kaunter hinggalah pendaftaran selesai. Tentatif pelajar aku belek lama. Ada taklimat hingga petang?. Kunci ditangan aku tenung lama. Seakan orang yang hilang ingatan aku mengerutkan dahiku. Kunci apa ni?. Aku mengangkat kepalaku cemas. Barangkali aku terambil kunci sesiapa disini. Aku tidak mahu dituduh pencuri!. Aku segera berlari menuju kearah salah seorang lelaki berpakaian hitam dan memegang walkie talkie dihadapan pintu masuk. "Sorry, Abang.. ni kunci apa?" Aku menunjukkan kunciku padanya. "Ha?? Sana..Sana.. Kaunter no. 5" Aku menoleh kearah yang ditunjukkan. "Cik, ini kunci apa? saya tak tahu macammana saya dapat kunci ni" ujarku cemas. Seorang wanita bermata sepet lingkungan lewat 20an memandangku hairan.


"Nama?" Dia memandangku malas. "Khairul Hazmil Khairullah" Aku melihatnya sedang asik memandang komputer. Tidak dengarkah dia apa yang aku cakapkan?. "Kunci" Dia menadah tangan sambil memandang wajahku. Aku menyerahkan kunci padanya. "Terima kasih" Aku memusingkan badan ingin melangkah pergi. "Ini kunci bilik kamu" Langkahku terhenti. "Kunci apa?" Aku mengerutkan dahiku lagi. "Bro, kunci hostel lah" Seorang lelaki berambut tegak memeluk bahuku mesra. Aku terpinga. Hostel?? Dia tergelak melihat telatahku yang tidak tahu apa-apa. "Great, i've found my room mate!" Dia mengambil kunci dari wanita tadi dan menarikku pergi. "Wajib ke duduk Hostel?" Aku memandang kunci ku lama. "For first semester, its compulsory bro" Aku mengerut dahi lagi. Aku kena berkerja hingga lewat pagi. Aku tak boleh duduk di Hostel. "Oi, naik cepat" Aku menyambut Helmet hitam yang dicampakkan kearahku. Dia ada motor. Mesti anak orang berada, bisik hatiku sendiri. "Nama aku Sofy" Dia menghulurkan tangan kearahku. "Hazmil" Aku menyambut dan digenggam erat oleh dia. Dia tersenyum lagi. Perasaan berada di atas motor berlainan dengan menaiki Lori. Motor rasa lebih 'bebas'. Bebas seperti burung-burung yang berterbangan. Bebas seperti tiada apa yang perlu aku fikirkan. 


Aku memandang bilik yang tersedia kemas untuk ku. Boleh tahan juga. View pun cantik. Aku segera mengeluarkan telefon bimbitku dan mendail nombor telefon Farouk. Telefon berdering tidak berjawab. Aku mencuba lagi. "Hello, Farouk. Mil ni.. Ada problem sikit lah" Aku pun menerangkan pada Farouk polisi UiTM bagi pelajar tahun pertama. Dia seakan faham dan berjanji akan berbincang dengan Mdm. Zues. Aku sedikit lega. Pakaian telah aku susun didalam almari. Aku menghempaskan diriku di atas katil yang sedikit keras dan menarik nafas dalam. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Badanku terasa letih yang amat sangat. Dek kerana rasa teruja yang amat sangat, sejak seminggu lalu aku tidak dapat melelapkan mataku  dengan lena. Kini segalanya telah selesai. Habuan mata sedang menanti.

Thursday 16 June 2011

Cita-cita.

Sebulan genap sudah aku bekerja disini, Bos aku Mdm Zues melayanku dengan sangat baik. Farouk juga telah menjadi teman baikku. Malah, wang perbelanjaan sebanyak RM300 telah aku kirim  pada Ibu. Aku menyewa bilik di Jalan Maharajalela berharga 200 sebulan. Aku juga telah membeli sebiji telefon bimbit bagi memudahkan kerjaku. Aku tersenyum puas. Segalanya berjalan dengan lancar. Aku menarik nafas lega. 

"Mil, kau orang Malaysia, masih muda. Kenapa kau tak belajar?" Soalan Farouk membantutkan suapan tanganku. Aku meletakkan nasiku kedalam pinggan semula. "Aku perlukan duit" Aku menghirup air Teh O Ais Limau cuba mengosongkan ruang tekak ku yang penuh dengan nasi.  Aku sememangnya merupakan seorang pelajar yang cemerlang dibangku sekolah. Malah, keputusan SPM aku juga sangat bagus. Aku mendapat 7A 2B didalam SPM. Namun, kerana desakkan hidup, kesusahan keluarga. Aku terpaksa memadamkan niatku untuk melanjutkan pengajian ku di Universiti.

"Mil, kalau kau pergi.. Siapa yang Ibu boleh harapkan lagi Mil?, Ayah kau tu tak sihat. Ibu ni penjual Kuih ja Mil, Kau janganlah pergi belajar ya nak?" Wajah lesu ibu aku tatap kecewa. Aku benar-benar ingin pergi melanjutkan pelajaranku di UKM. Namun, hatiku berat ingin meninggalkan Ibu sendirian menjaga adik-adik yang masih bersekolah. Malam itu, aku mogok dan tidak makan. Keesokkan harinya Ibu telah menyediakan Karipap Daging kesukaan ku.  Aku habiskan dengan lahap kesemua Karipap tersebut dan pada waktu itulah aku bertekad untuk menguburkan cita-cita ku untuk melanjutkan pengajian di Universiti.

"Kalau kau mahu, kau boleh belajar sambil keje Mil, Kau amiklah syif petang jam 6pagi hingga 2pagi" Farouk memberi cadangan. Aku memandangnya dengan pandangan bersinar. Betul, aku kini telah bekerja. Malah, gaji bulan pertamaku juga melebihi keperluanku. Aku berfikir sejenak.  Malam itu, semangatku kembali dan niatku untuk meneruskan pengajian berkobar-kobar semula. Sejurus selepas kedai tutup, aku berlari menuju ke CyberCafe 24jam untuk melayari Internet bersama Farouk. Beberapa laman IPTA aku lawati. Yang paling dekat dan mudah untuk aku adalah UiTM di Shah Alam. Aku mencetak pra syarat untuk kemasukkan dan keluar dengan senyuman gembira diwajahku.

Malam itu, aku tidak dapat melelapkan mataku kerana terlalu excited. Seawal pagi aku membawa segala dokumenku dan pergi ke BSN untuk membeli nombor pendaftaran bagi permohonan Online UiTM. Aku tersenyum girang. Semuanya telah aku lakukan. Kini, aku hanya perlu menanti jawapan dari pihak UiTM. Ya Allah, Kau bantulah aku Ya Allah. Kau makbulkanlah permintaan ku ini Ya Allah. Aku berdoa memohon bantuan Nya.

Selang dua bulan, wajahku berseri-seri, Surat tawaran untuk mengikuti kursus Komputer Sains di UiTM kudakap kuat. Farouk merupakan orang yang paling gembira mendengar berita ini.  Petang ini kami akan ke Pavilion meraikan kemasukkan aku ke UiTM. Aku sangat gembira.  Haruskah aku kabarkan pada Ibu? Gembirakah Ibu mendengar perkabaran ini?...

Apek.

"Awak pergi ikut Ah Cong pergi seremban kira stok kat sana" Mdm Zues mengeluarkan beberapa keping note 50 dan menghulurkan padaku. "Apa ni bos?" Aku mengangkat keningku tinggi. "Wang lah, wang poket kamu. Pergi sana perlu makan. Perlu wang. Kamu tidak mahu ka?" Dia memandangku hairan. "Eh, Bos, tak pe lah bos. saya ada wang" Aku menghulurkan wang itu semula "Haiya, kamu jangan banyak bunyi. Kamu ambil saja. Cepat sana pergi. Haiya" Mdm Zues berlalu meninggalkan aku sambil mengomel dalam bahasa Kantonis.  "Amik saja, Bos bagi duit poket outstation ma. Amik, Amik" Farouk menarik wang dari tanganku dan memasukkan kedalam poket baju ku. "Kalau outstation dapat duit poket ke?" Aku bertanya meminta kepastian. Aku tidak mahu makan duit membabi buta tanpa sebarang kerja. Sama seperti makan gaji buta. Haram hukumnya. "Memang, kalau pergi outstation akan dapat duit elaun. so Dont worry, amik saja dan pergi.. dah, pergi" Farouk menolak badanku keluar dari kedai. Aku mengangguk mengiyakan dan memanjat anak tangga Lori yang sedang menanti ku ditepi jalan. 

"Manyak lambat la lu olang melayu..Haiya" Ah Cong membebel sendiri. "Sorry Cong, tadi Mdm Zues nak jumpa saya sebab tu lambat" Aku meminta maaf padanya. "Itu aci mau apa sama kamu? Haiya.." Ah Cong kembali bercakap sendiri dalam bahasa Kantonis. "Tidaklah, dia bagi duit Elaun saja" Aku mengeluarkan wang dari poket aku dan aku tunjukkan pada Ah Cong. Tapi Ah Cong sedikit pun tidak memandang kearah wang itu. Matanya fokus dijalan raya. Aku mengira wang ditanganku. 200? banyaknya?? bisik hatiku gelisah. Biar betul ni? banyak nye elaun outstation?. Patutlah orang di KL senang kaya. Aku tersenyum sendiri. Lepas ni boleh lah hantar wang kepada Ibu. Aku tersenyum lagi. "Lu sudah gila ka? senyum sendili lagi, itu wang sikit da bikin lu milliionaire ka? Chi Sin! (gila)" Ah Cong tergelak sendiri. Aku hanya diam. "Bagi lu memang lah ini sikit Ah Cong, tapi bagi saya wang ini wang makan saya sebulan" Aku memandangnya marah. Tidak puas hati melihat reaksinya tadi. "Lu a, olang Melayu aa.. selalu pikir pendek punya. Selalu cepat itu apa.. itu berhati puas. Balu dapat wang sedikit a, lu gembira macam sudah kaya raya, lupa dili, enjoy sana sini. Sebab itu a, olang melayu susah mau naik lu tau ka?" Aku mengerutkan keningku keras. Tanda tidak bersetuju. "Kami orang melayu bukan cepat berpuas hati, kami orang Melayu bersyukur ma. Lu apa tahu" Aku menyerang balas. Ah Cong tergelak sendiri dan bercakap dalam bahasa cina lagi. Aku terdiam. Malas aku layan apek ni, getus hatiku geram.

Cuaca di Seremban sangat panas. Pertama kali aku menjejakkan kaki ku ke Seremban. Inilah Nilai 3? Ujarku sendiri. Besar dan ramai pengunjung. Ah Cong memakirkan Lorinya ditepi sebuah gudang. Aku turun dan mengekorinya. Dia berhenti. "Lu mau apa?" Dia memandangku keras. "Mau kira stok la" Aku merenungnya pelik. Ape plak apek ni, gila da ke? Aku berfikir sendiri. "Saya mahu pergi kencing, Lu mau ikut ka?" Dia membuka zip seluarnya. Aku tergumam. Aku memandang bangunan disekeliling. Tandas Awam. OH... Adoi.. camne aku boleh tak perasan ni.. Aku tersengih memandang Ah Cong. Dia berpaling dan mengumam lagi didalam bahasa Kantonis.  Aku mengeluh berat. Geram melihat sikap Ah Cong yang aku kira sebagai bersifat perkauman. Tidak pernah lekang perkataan "orang melayu, Orang cina, Orang melayu" dari dialognya. Aku menggeleng kepala tanda tidak percaya dengan sikap apek tua itu.

"Sudah, mari cepat. Lu mau jalan kaki ka?" Ah Cong mengzip seluarnya dan naik kedalam Lori. Aku memanjat anak tangga dan menutup pintu Lori kuat. "Hoi, ini bukan ayah lu punya lori, lu jangan kuat-kuat hempas la" Aku mengangguk perlahan. Aku menarik nafas dalam menahan geram.  Nilai 3 kelihatan sibuk dengan peniaga. Kalau lah Mil boleh bawa Ibu datang kesini. Pasti Ibu gembira!.Wajah ibu yang lembut terbayang dimataku. Ibu suka berjalan-jalan. Ibu pasti rambang mata melihat barang-barang di sini. Aku tergelak kecil mengingatkan telatah ibu ku yang suka membeli barang dan tawar menawar dipasar borong dulu. Ibu memang handal tawar menawar ni.

Seharian aku di stor mengira stok baju, beg dan barang-barang lain. Badanku terasa kejang dek kerana duduk yang lama. Semua mata yang sedari tadi memandangku dan bergelak ketawa aku biarkan saja. Ah Cong hilang entah kemana, tidur barangkali. Aku meregangkan otot-otot badanku yang keras. "Penat ke abang? nak Syila urutkan?" Suara salah seorang gadis disitu kedengaran lantang didalam gudang dan diiringi dengan gelak tawa gadis-gadis lain. Aku tidak memperdulikan usikan mereka dan kembali duduk untuk membuat pengiraan terakhir. "Eleh, sombong.. Budget kacak je tu" suara itu kedengaran lagi. Semua gadis-gadis lain mencebik seakan mengejek. Aku bingkas bangun dan memandang mereka lama. Aku tersenyum. Semua gadis-gadis disitu tersipu malu dan berbisik-bisik sesama sendiri. "Wah, handsomenya dia senyum..cair aku weih.." Telingaku menangkap perbualan mereka dan tersenyum sendiri. Handsome ke aku? Aku tergelak sendiri. 

"Jalan-jalan" penjaga stor mengarahkan Ah Cong keluar dari gudang. Aku terduduk lesu. Penat. Semua pekerja-pekerja wanita tadi bersusun ditepi pintu seakan menghantar ku pulang. Mereka melambai gembira. "Jangan lupa datang lagi!" Jerit mereka kepadaku. Aku hanya tersenyum melihat telatah mereka. Aku mengeluarkan secebis nota dari poket ku. Cuba mengingati wajah gadis berlesung pipit itu. "Alia" Nombor telefon nya aku tatap lama. Aku tiada telefon bimbit, nak telefon menggunakan telefon awam. Segan lah. Aku menyimpan semula cebisan kertas itu kedalam poket. Aku merenung keluar tingkap, tenang. Perlahan pandanganku menjadi kabur, dan mataku tertutup rapat.

Bandar China.

Suasana di KL memang sangat berbeda dengan kampung. Dikampung, pada waktu ini hanya suara cengkerik dan katak yang memecah keheningan malam. Tapi di sini, deruman kereta tidak putus-putus dijalanraya, dikiri kanan jalan penuh dengan orang-orang yang masih lagi leka berbual, lelaki mahupun perempuan sedang berdua-duaan tanpa memperdulikan orang disekeliling, berpegang-pegangan, bercium-ciuman. Aku mengerutkan keningku tanda kurang selesa dengan budaya disini.  Mataku melilau melihat keadaan sekeliling.

Kakiku melangkah tidak tahu kemana arah. Aku mendekati seorang lelaki asing berpakaian seakan-akan polis keselamatan.  "Hello, surau ada disini?" Aku mengangkat tangan ku seperti orang sedang bersolat. "Sudah tutup, sudah tutup!" dia menggeleng kepalanya laju dan menyuruhku pergi.   Aku mengangkat tangan tanda terima kasih dan melihat kawasan sekeliling lagi.  Segalanya ada disini. Hotel, LRT, Berjaya Times Square, Restaurant 24jam, Cyber Cafe 24jam, 7eleven 24jam juga. Semuanya lengkap!. Tapi.. surau tidak dibuka 24jam? Masjid? dimanakah masjid?.. Aku memusingkan kepalaku 360darjah. Mencari kubah Masjid dikawasan sekeliling. Hanya lampu-lampu jalan dan bangunan pencakar langit menghiasi langit malam ini.  

Aku memberanikan diri mendekati seorang lelaki dihujung jalan.  "Abang, masjid mana abang?" Aku berhenti disisi seorang lelaki yang sedang membawa banyak permainan ditangannnya. Dia memandangku dengan wajah yang hairan. "Masjid ka? Ayo.. Saya mana tau. Lu tanya Tokong saya tau la..." Dia menepuk dahinya sendiri. "Oh, lu cina ka? saya ingat lu melayu. Muka lu macam melayu la apek, sorry la apek.. sorry" Kali ni aku sendiri menepuk dahiku sendiri. "Haiya, Lu a.. Lu ingat kulit gua itam gua olang Melayu ka? Haiya.. Eh, Lu mau beli ini bola ka? Banyak lampu ma" Dia mula mempromosikan permainan ditangannya.  Aku hanya menggeleng perlahan dan tersenyum.  Aku berjalan lagi. Mataku tertumpu pada satu tanda pintu gerbang. China Town? Petaling Street? oh, ini Bandar Cina?? Patutlah ramai cina kat kawasan ni bisikku sendiri. Lorong yang penuh dengan pengunjung asing itu aku perhatikan.  Kedai-kedai Cina disisi jalan bagaikan Cendawan yang tumbuh dan dipenuhi oleh semut. Botol-botol arak berselerakan disetiap meja. Bau-bau yang kurang menyenangkan menusuk kerongga hidungku. Aku mengucap panjang.

"Abang, mari beli? Beg dari Thailand, Murah-murah". Seorang lelaki india memegang bahuku dan menarikku kekedainya. Dia menunjukkan aku beberapa Beg Kraftangan dari Thailand. Aku menggeleng lagi. Mataku terasa semakin berat. Aku menguap dan berpusing semula keluar dari kedai itu. Ingin segera mencari Masjid untuk aku menumpang tidur.  Aku melangkah meninggalkan lelaki india itu yang sedang sibuk menarik pelanggan.

"Assalammualaikum" Telingaku menangkap ungkapan salam itu. Akhirnya! ada orang muslim di Kuala Lumpur rupanya. Aku berpaling laju. Lelaki India tadi ku lihat sedang bersalaman dengan seseorang. Muslimkah dia? Belum sempat aku mengatur langkah kearah nya. Langkahku terbantut.  "Assalammualaikum" Seorang lagi lelaki Cina datang dan menepuk-nepuk bahu lelaki tadi. Aku memandang hairan. "Hey, you cina ma. saya tak boleh nak jawab you punya salam" Lelaki itu tersenyum melihat lelaki cina tadi. Oh, lelaki india itu muslim. Aku menarik nafas lega. Nampaknya di Kuala Lumpur ini, memberi salam itu seperti trend. Cina, India, atau Buddha pun boleh beri salam ke? Aku harus berhati-hati.  Aku berbisik sendiri. Perlahan aku mendekati lelaki india itu semula. "Mau beli ka?" dia memandang aku mesra. Aku menggeleng dan memegang bahunya perlahan. Dia memandangku memberikan perhatian. "Abang, Kawasan ni ada masjid ke?" Aku bertanya bersungguh. "Masjid? Ada.. Mestilah ada. Kamu nak pergi ke masjid ya? Jauh sikit dari sini" Dia tersenyum memandangku. "Awak dari mana? Baru datang sini ke?" Dia bertanya lagi. "Saya dari Kedah, datang sini cari kerja.  Nama saya Hazmil, panggil je Mil" Aku menghulurkan tangan. "Saya Farouk, da dapat kerja ka?" Kami bersalaman.  Lama dia memerhatikan aku dari bawah ke atas, pandangan matanya tertumpu pada beg yang sedang aku sandang. "Belum lagi, esok baru nak cari, Harap-harap dapatlah" Aku membetulkan sedikit beg galasku. Tidak selesa diperhati begitu. Walaupun dia seorang muslim, di KL ni, aku harus berhati-hati. Aku tersenyum gembira. 

"Kalau macam tu, malam ni kamu tidur dimana?" dia menyoal lagi. "Saya nak menumpang di Masjid malam ini" Aku tertunduk malu. "La, patutlah kamu cari Masjid.." Dia mengangguk sedikit tanda faham. "Kamu tak kisah ke kerja jual baju?" Dia bertanya lagi. Aku memandang wajahnya dengan pandangan bersinar. Dia nak tolong aku ke? Aku mengangguk laju. Dia menepuk bahuku lembut. "Mari saya bawa kamu jumpa bos" Dia mengangguk dan menarik lenganku perlahan. Aku mengikutinya. Berdebar.  Dari jauh aku melihat dia bercakap dengan seorang wanita Cina berumur dalam lingkungan lewat 30an. Wanita itu memandang aku dari jauh. Farouk melambai kearahku memberi arahan untuk mendekatinya. Aku berlari-lari anak kearahnya.  "Kamu boleh ka? Kerja sini tidak tentu masa wo. Kalau tidak bole baik-baik kerja saya tidak mahu" Wanita itu memandangku serius. "Saya boleh, Bos jangan risau, saya akan kerja baik-baik" Aku melihatnya dengan bersungguh. Dia mengangguk memandang Farouk. "Esok mula lah, Farouk kamu ajar dia" Aku tersenyum mendengar jawapannya. Aku kini seorang yang berkerja!. Memang seperti dicanangkan oleh semua, semua khabar angin itu betul. Di Kuala Lumpur peluang pekerjaan lebih mudah dan banyak. Farouk tersenyum memandangku. "Terima kasih Farouk" Aku menggenggam tangannya kuat. Tanda syukur. "Malam ni awak boleh tidur di atas kedai ok, saya sudah bagitahu bos" Dia memuncungkan bibirnya ke atas. Aku telah mendapat kerja, dan tempat tidur dalam sekelip mata sahaja. Alhamdulillah. Ya Allah, aku bersyukur padaMu Ya Allah. 

Wednesday 15 June 2011

Merantau.

Kakiku langkah berat meninggalkan perkarangan rumah. Wajah ibu terbayang jelas di mata. Ibu, Mil pergi untuk kita ibu. Mil janji akan pulang membawa kembali ke sini. Mil teringin sangat nak lihat wajah ibu yang gembira. Senyuman ibu yang bahagia. Mil teringin sangat ibu. Sama seperti waktu dulu. Aku mengeluh panjang. Belum sempat aku meninggalkan perkarangan ini, rinduku pada Ibu seakan tidak terbendung lagi. Aku harus pergi. Aku mesti pergi. Maafkan Mil ibu, ibu tunggu Mil pulang ya.

Matahari panas, terik mengiringi perjalananku.  Ya Allah, peritnya petang ini seakan tidak mengizinkan aku meneruskan perjalanan ini. Mungkinkah ini satu pentanda Ya Allah.. Aku mengeluarkan sapu tangan pemberian Ayah lalu menyapu peluh yang bertitik didahiku.  Basah.  Aku mendongak kelangit yang biru, tiada sebarang awan menutupi sinaran sang mentari.  Refleksi spontan retina mataku mengecil tanpa disuruh.  Langkah ku lajukan, seakan ingin berlari meninggalkan dataran langit yang kosong itu.

Panas yang membakar kulit dan sejuk yang memakan tulang. Aku mengosok bahuku laju cuba mencari sedikit haba yang berbaki. Perjalanan yang mengambil masa selama 6 jam ini sungguh menyeksakan badan. Aku mengeluh geram.

"Ops, sorry" air yang tertumpah diseluar jeans ku bagai mengigit-gigit tulang lutut ku. Aku mengigil dan pantas menarik sweather yang sedang melitupi badan dan kepalaku.  Berbekalkan cahaya samar lampu jalan aku merenung tajam seorang lelaki yang bertubuh kecil sedang sibuk mencari sesuatu didalam begnya. "Hoi, apehal ni?" aku menepuk bahunya kuat. "Sorry bro, sorry, tak sengaja" die menundukkan kepalanya berkali-kali sambil memegang sebungkus tisu.  "Ish, kau ni apehal.. nak bagi aku mati kesejukkan ke?" Aku menolak dahinya kuat. Dia memandangku tepat. Tanpa memperdulikan aku yang sedang marah pantas dia mengelap-gelap seluar jeansku yang memang telah menyerap air tersebut 100%. Aku menepis tangannya kasar.

"Gua betul-betul tak sengaja. Gua nak tutup AC tu tadi" Dia menunding tangannya yang mengenggam tisu ke atas. Aku masih memandangnya dengan perasaan geram. "banyak kau punya maaf, sekarang ni aku da nak mati kesejukkan ni? amacam? kau nak bayar ke duit perubatan aku masuk hospital aku nanti?" suara aku sedikit tinggi. "Bak sini kau punya baju ni, sebab kau lah aku sejuk so ni aku jadikan selimut!" Aku menarik sweather dibadannya kuat. "tapi.." belum sempat dia berkata apa-apa aku terus menariknya lagi. Dia membuka baju tebalnya dan membiarkan aku menutupi kakiku yang kesejukan.  Tebal juga baju mamat ni, memang selesa. Aku memandang keluar tingkap dan menyelubung badan dan kepalaku kembali, dalam beberapa saat.. aku hilang lagi di alam mimpi..

"Pekeliling..Pekeliling..." Suara pemandu bas memecah suasana. Aku mengeliat sedikit, terasa lenguh dan bisa dibadanku. Kosong.. mamat tadi dah turun ke? Baju sejuk dikakiku aku tarik. Nampaknya dia tak nak baju ni. Bagus juga, boleh aku guna.  Aku tersenyum sendiri. Bas bergerak meninggalkan pekeliling dan menuju ke Hentian Puduraya.  Aku mengemaskan barang-barangku sedikit, bersedia untuk turun. Aku memandang sekeliling. Aku menarik nafas dalam. Ibu, Mil kini berada di Kuala Lumpur.  Aku berbisik sendiri.

Sunday 12 June 2011

Awan Nano.

Hari-hari berlalu dengan senyuman dibibir Ibu. Setiap hari ibu akan mengajar aku ABC. Walaupun aku sendiri tak pasti kenapa mesti Ibu ajar ABC semula. Aman dah darjah 3 Ibu. Bukan 3 tahun. Walaupun pelik, aku membiarkan saja ibu mengajarku ABC. Kerana Ibu nampak gembira begitu. Aku tersenyum. "Ibu.." Aku memanggil Ibu perlahan. Ibu memandangku dengan penuh perhatian. "Ye, Aman!" Ibu menjawab gembira. Aku mengangkat tanganku perlahan. Ibu Memandang ku sambil ternganga. "Ya Allah... Aman!" Air mata Ibu mengalir lagi. Dia menyambut tanganku dan memegangnya erat. Aku tersenyum. "Syukur Ya Allah.. Alhamdulillah" Ibu tidak henti-henti mengucapkan syukur. Kepulangan Ayah disambut gembira. Ayah berlari masuk kedalam bilikku. Ayah menghulurkan tangannya padaku. Aku melihat wajah ayah yang gembira. Perlahan aku menyambut tangan ayah. "SubhanaAllah.. Ya Allah.. Alhamdulillah" Ayah menangis kegembiraan didalam dakapan Ibu. Air mataku juga mengalir. Kini aku sedar, Ayah dan Ibu telah banyak menderita sebabku. 

Kakiku kini semakin kuat, Ayah selalu membawaku berjalan disekitar rumah. Aku tersenyum melihat Ayah. Ayah dan Ibu nampak semakin gembira. Hari ini hari Ahad, buat sekian kalinya setelah agak lama Ayah tidak membawaku keluar. Akhirnya hari ini Ayah membawaku ke Pantai. Ibu sedang leka menyediakan juadah. Ayah membantu Ibu sambil berborak dan sesekali memandangku mesra. "Aman dah lapa?" Ayah memandangku sambil mengangkat bekas nasi goreng Ibu masak. "Belum lagi" Aku menjawab bersahaja sambil menelentangkan badanku memandang ke langit. 

Awan itu lagi.. Stratus.. Aku memandangnya lama. Perasaan aku tidak sama lagi. Aku berpeluh dingin. Aku memaksa diri bangun dan duduk. Ayah dan Ibu memandangku pelik. Aku menarik nafas panjang. "Aman ok ke?" Ibu dan Ayah segera datang duduk disisiku. Aku memandang ke atas menunding jari kearah langit. Ayah dan Ibu merenung langit yang terbentang luas itu. Menanti kata-kata dari bibirku. "Awan tu, Aman benci" Aku mengerutkan dahi. Ayah memandangku lembut. "Aman, kenapa Aman nak benci Awan tu?" Aku memandang Ayah yang tersenyum melihat telatahku. "Awan tu yang buat Ibu dan Ayah menangis" Aku menjawab perlahan dan menundukkan kepalaku kebawah.

"Aman, awan tu tak buat Ibu dan Ayah menangis sayang.. Awan itu lah yang membuatkan Ibu dan Ayah gembira" Ibu memelukku erat. Aku masih terpinga. Saat itu.Ibu dan Ayah menangis kerana aku terlalu leka melihat awan ini. Terlalu leka didalam dunia fantasiku sehinggakan aku berada didalam keadaan yang sekarang. Aku mengeluh dan mengerutkan dahiku. "Aman, Segala yang Allah cipta adalah untuk disayangi. Bukan dibenci. Contohnya Awan, Allah menciptakan Awan untuk melindungi kita dari panas matahari. Awan mempunyai kitaran yang menyejat air naik dan membentuk kepulan-kepulan putih itu yang kita panggil Awan sebelum menurunkan hujan ke muka bumi ini. Dan Hujan? Kalau awan tidak menurunkan hujan. Bumi kita akan panas. Kalau bumi panas, Haiwan, tumbuhan dan juga kita Manusia akan jatuh sakit.  Aman tahu ke? lagipun, Aman tak boleh lah nak main hujan lagi kalau tak ade Awan." Ayah menerangkan padaku yang masih lagi memandangnya dengan dahi yang berkerut. "Aman tak suka mandi hujan ke?" Ayah bertanya lagi. "Suke!" pantas aku menjawab. Aku memang suka mandi hujan. Walaupun Ibu kata hujan boleh bawa sakit. Ibu dan Ayah tergelak perlahan melihat telatahku. "Jadi, Awan ni baik lah ye Ayah?" Aku memandang ke atas. Ayah berbaring disebelahku dan meminjamkan lengannya sebagai bantal kepalaku. "Yup" Ayah menjawab ringkas. "Jadi, Aman nak sayang awan. Macam Aman sayang ayah!" Ayah memandangku pelik. "Ayah kan Awan Nano Aman!" Aku mencium pipi Ayah lama. Ayah dan Ibu tergelak lagi. "Eh, Ayah Ibu.. mane adik Aman?" Secara tiba-tiba aku teringat pada 'Adik' ku. Ayah dan Ibu terpinga-pinga. "Adik??" Ayah memandang aku hairan. "Ye lah, Adik. Aritu nampak Ibu bawa pampers Adik, Mane adik?" Aku memandangnya serius. Ayah memandang Ibu dan kembali tergelak kuat. Ibu hanya menggelengkan kepalanya berulang kali. "Ibu, lepas ni kita kena bagi Aman adik ok!" Ayah menyakat nakal. Aku masih terpinga. Tidak faham. Ayah masih ketawa. Ibu seperti malu-malu. Aku tersenyum.  Senyuman ini.. Senyuman ini lah yang Aman rindu. Senyuman ini lah yang membahagiakan Aman. Ibu.. Ayah, Terima kasih! Aman sayang pada Ibu dan Ayah!. Aku memeluk badan ayah kuat. Ibu hanya melihat telatah ku dan tersenyum bahagia.


PS : Selamat Hari Ibu Dan Hari Bapa untuk Emak dan Ayah yang aku sayangi. Terima kasih Emak, Abah.. Terima kasih for everything. I love You always! - xoxo.

Atok.

Ibu memandikan aku dengan berhati-hati. Air didalam gayung pemberian Atok digunakan dengan cermat. Disapu keseluruh badanku menggunakan kain.  Sambil membaca selawat. Sama seperti yang diajar oleh Cikgu Idah dulu. Lamanya Aman tidak kesekolah. Aman nak kesekolah Ibu. Aku memandang ibu dari bawah. Ibu masih lagi khusyuk membaca selawat berkali-kali tanpa putus. 

Habis mandi ibu meletakkan aku di atas katil. dan seperti biasa bedak Johnson and Johnson disapu keseluruh badanku. Kini, bau bedak itu bukan lagi satu masalah bagiku. Ibu mengurut-gurut badanku perlahan sambil meneruskan selawatnya. Lama aku mendengar selawat itu. Sedikit demi sedikit aku berjaya mengikut ibu. Ayah pulang lebih awal dari selalu. Jarum jam menunjukkan tepat jam 2. Ayah memandang ibu dan duduk disebelahku. Ayah juga membantu Ibu mengurut badanku sambil berselawat. Ayah dikananku, Ibu dikiriku. Kedua-dua insan yang paling aku sayangi berada disisi. Aku tersenyum. Walaupun aku tidak dapat bergerak. dan Ibu dan Ayah selalu tidak memperdulikan apa yang aku kata. Tapi kini, aku tahu. Kasih Ibu dan Ayah tidak berbelah bahagi buatku. Terima kasih Ibu.. Ayah.. Aman sayangkan Ibu dan Ayah. 

Hari kedua, selepas hampir sejam Ibu dan Ayah mengurut badanku berselikan selawat yang tidak putus-putus. Aku merasakan sedikit perubahan pada diriku. Badanku terasa lembut. Tidak lagi keras seperti selalu. Ibu memandikan aku seperti semalam, penuh cermat dan mengelap badanku perlahan. Selawat masih lagi tidak lekang dibibirnya. Aku juga.. Aku hampir dapat mengucapkan selawat dengan betul. Aku gembira. Akhirnya ada benda baru yang aku pelajari walaupun bukan disekolah. Badanku diurut lagi. Kali ni urutan ibu dapat aku rasakan. Sedikit sakit. 

Hari ketiga, tubuhku terasa ringan dan lembut. Aku memandang ibu lama. Ibu memandikan aku lagi. Kali ni lebih lama dari semalam. Mungkin kerana Ibu ingin menggunakan kesemua air yang Atok berikan. Aku lihat Ibu lebih bersemangat mengucapkan selawat. Aku tersenyum. Urutan ibu kali ini lebih cermat dan kemas. Aku rasa selesa. Ibu melihatku lama. "Aman, Cepat sembuh ye sayang.. Ibu rindu nak dengar suara Aman". Air mata ibu jatuh kepipiku. Dahiku dikucup lembut. Ibu menangis lagi. "Ibu, Aman tak sakit Ibu.. Aman OK!"

"Macammana?" Ayah memandang Ibu dan menoleh padaku. Ibu mengeleng perlahan. Ayah mengeluh dan berlalu masuk kedalam bilik nya. Ayah marah ke? Ayah marah Aman ke ibu??. Aku melihat wajah ayah yang kecewa dan penat. Aku rasa bersalah. Aku ingin memanggil ayah. Aku ingin memeluk ayah. Aku nak beritahu ayah yang aku sihat!. Ayah tak perlu risau. Aman sihat Ayah! Ayah!! "Ayah!" Ayah berpaling padaku. -Matanya besar. Ibu berlari masuk kedalam bilik ku secara tiba-tiba. Mata ibu juga besar dan bersinar. Ibu memandangku lama. "Pah.." Ayah memegang bahu Ibu kuat. Ibu berlari mendekati aku. "Aman, panggil A..yah.." Ibu seperti mengajarku bercakap. Ibu, Aman dah tau bercakap lah. Aman bukan Baby lagi. Aku memandang Ibu pelik. "Hello Ustaz!" Aku lihat Ayah menelefon ustaz. Ustaz tu.. Atok ke?.. Ayah kelihatan gembira. Berulang kali dia mengucapkan terima kasih pada Atok. Sekali lagi aku lihat ayah menadah tangan memohon keredhaan-Nya dan mengucapkan syukur pada-Nya. Ibu menangis disisiku. Tapi kali ini, tangisan ibu bukan lah tangisan sedih. Tapi tangisan kegembiraan.

Redha.

Hari ini hari Ahad, Ayah bercuti. Yes.. Selalunya kalau Ayah cuti. Kami akan mandi sungai. Atau mungkin kami akan berjalan keluar. Pagi-pagi lagi Ayah dah mandikan Aman. Mesti Ayah nak bawak Aman jalan. Aku gembira sendiri. Ayah memakaikan aku baju dan seluar. Besarnya seluar Aman tu ayah. Malu lah Aman. Aman nak tukar seluar lain la Ayah. Aku mengerutkan dahi. Tanganku aku gerakkan cuba menarik perhatian Ayah. Kerasnya tangan Aman ni. Kenapa dia tak nak bengkok?. Aku melihat tanganku sendiri. Ayah mengambil kain lap dan mengelapkan air liur aku yang aku rasakan kini seringkali keluar. Ayah dan Ibu pulak rajin sangat nak tolong lap. Aman boleh lap sendiri. Aku berbisik didalam hati.

"Abang.." Ibu masuk kedalam bilik dan memicit-micit bahu Ayah perlahan. Ayah penat ke?.. Mungkin Ayah penat lah. fikirku.. Air mata Ibu mengalir lagi. Dia memeluk bahu Ayah kuat. Ayah cuba menenangkan Ibu. "Sudahlah tu Pah.. Dah takdir Allah. Kita Redha aje lah ya" Ayah bersuara lembut. Apa yang Ibu dan Ayah cakap ni?. Aman tak faham lah. Ibu hanya mengangguk perlahan dan berlalu keluar. Ayah melihatku lama. Ayah menangis?.. Ayah mengelap air dimatanya yang hampir gugur. "Ayah menangis lagi? siapa buat Ayah? Bagitahu Aman Ayah. Biar Aman marah dia!" Aku bertanya pada ayah. Ayah diam. Ayah selalu lah buat macam ni. Bagitahu lah Aman. Aman tau lah Aman budak kecik. Tak boleh nak buat apa. Tapi Aman nak tahu lah Ayah!.  Ayah bangun dan membetulkan pembaringan aku sebelum keluar. Aku dah menjadi pelik. Tak jadi pergi jalan ke ni??

"Ustaz, Assalammualaikum.. jemput masuk ustaz.. jemput.." Seorang Atok berjanggut putih datang kerumah ku. Wajahnya berseri-seri. Lembut dan sentiasa tersenyum. Jiwa aku tenang melihat Atok ni. Perasaan yang sama aku rasa semasa melihat Awan Stratus pada beberapa hari lalu. Aku tersenyum melihat wajah Atok dari jauh. Dia seakan tahu dan mengerling kearahku. Ayah bangun dan menunjukkan jalan kearahku. "Jemput ustaz" Ayah menundingkan jarinya kearahku. Atok itu bangun dan tersenyum sambil berjalan kearahku. Eh, atok nak jumpa Aman ke? Nak bagi duit raya ke? belum raya rasanya!.

"Tolong ambilkan air segayung" Atok meminta lembut pada ayah. Ibu segera bergegas kedapur dan kembali bersama segayung air dan diberikan pada Atok itu. Atok membaca sesuatu dan dihembuskan kedalam air tu. E... Atok ni nak main sihir hitam ke? kuasa jahat ni!. Aman tak suke atok ni Ibu!. Aku memandang wajah Ibu memohon pertolongan. Tolonglah Ibu, jauhkan Atok ni dari Aman. Aman tak suka dia. Dia ada bela hantu jahat!. "Mal, sapukan air ni keseluruh badan Aman. Setiap hari selama 3 hari" Atok menyerahkan air tadi kepada Ayah. Ayah hanya mengangguk. "Cukup ke ustaz?" Ayah memandang wajah ustaz lama. Ustaz hanya tersenyum. "Cukup, InsyaAllah. Kalau air ni da kurang sebelum 1 per 3, tambahkan dengan air yang bersih. InsyaAllah boleh" Ustaz menepuk bahu Ayah perlahan. Ayah mengangguk dan menyerahkan gayung tersebut kepada Ibu. Atok kembali memandangku dan tersenyum. Dia mengangkat kedua belah tangannya dan membaca sesuatu.  Dia meniup kepalaku perlahan 3 kali. Aku memandangnya pelik. Ape pulak Atok jahat ni buat... Aku rimas.  Selepas itu dia keluar bersama Ayah. 

Buntu.

Sudah tiga hari aku dirumah, kenapa aku terasa seperti masih dihospital?. Makan aku disuap, Mandi aku dibantu, malah Najis aku Ibu basuhkan. Aku buntu. Aku keliru. Kenapa aku macamni? "Ibu.. Kenapa Aman tak boleh keluar bermain diluar? Kenapa Aman tak boleh keluar dari bilik ni? Kenapa Aman tak boleh nak turun dari katil? Kenapa Ibu? Kenapa? Kenapa Aman tak boleh bergerak!?? Kenapa Ibu? Kenapa...." Aku memandang wajah ibu yang sedang bersusah payah memakaikan aku baju setelah mandi.  Aku keliru. Ibu tidak dengar kah apa yang aku cakap?. Kenapa Ibu diam seribu bahasa? Aku memandang ibu dengan pandangan yang keliru. Aku perlukan jawapan!. 

Ibu membedakkan wajahku dengan lembut, bau bedak Johnson and Johnson sangat menganggu aku. Ibu, Aman kan da kata Aman tak suka pakai bedak, Aman budak lelaki lah Ibu. Aku memandang Ibu lama. Ibu menatap wajahku lembut. Dikucupnya dahiku dan mengambil semua baju, lampin dan juga pinggan kotor untuk dicuci didapur. Sejak bila Aman ada adik? kenapa Ibu bawa lampin? Aman da ada adik ke? Mungkin adik Aman ada kat sebelah ni ke? Aku berfikir sendiri. Teringat pada pesan Cikgu Idah "Kalau Aman ada adik, nanti Aman kena jaga Adik Aman baik-baik tau. Aman kan Abang. Jangan lawan cakap Ibu. Sebab Ibu penat nak jaga rumah, Ayah, Aman dan Adik ye.. Ingat tau" Cikgu Idah tersenyum lebar melihat aku yang sedang asik bermain dengan baby barunya. Aman pun nak adik. Kalau Aman ada adik, Aman ada kawan nak main. Aku berfikir sendiri.  Yea! Sekarang Aman dah ada adik ke? Bestnya.. Bila Aman boleh bangun ni Ibu? Aman nak main adik lah... Ish.. Aman bosan la baring je camni. Getus aku sendiri.

Ayah seperti biasa pulang pada jam 6 petang. Ibu menyambut ayah dimuka pintu. Ibu menyambut tangan ayah, dan menciumnya sebelum mengambil beg kerja Ayah untuk disimpan didalam bilik.  Ayah duduk dikerusi malasnya.  Ayah memalingkan wajahnya melihatku dari luar. "Ayah! Aman kat sini Ayah! Ayah ada bawakkan Aman Snack tak? Ice cream ke? ade ke Ayah?" Aku menjerit dari dalam bilik. Ayah seakan tidak mendengar. Kenapa ni..! Ayah dan Ibu sama saja. Suka buat-buat macam Aman ni tak ade. Buat-buat macam tak dengar apa Aman cakap! Benci lah!.. Ibu dan Ayah dah tak sayang Aman ke? Macam kawan-kawan Aman tu. Semua tak suka pada Aman, sume tak nak kawan Aman. Aku menjadi marah.  Perasaan marah aku meluap-luap aku meronta keras. Sakit. Badan aku sakit. Kenapa ni?... 

Zaman itu.

"Kau blah lah! Aku tak nak kawan dengan kau!" Sakit seluruh badan aku menjadi mangsa batu-batu yang berterbangan. Kenapa? Kenapa kau tak nak kawan ngan aku? aku tak de kawan lain dah. Aku diam membatu. Sebiji batu terkena kuat didahiku. Aku terjatuh di atas lopak air yang dipenuhi lalang dan berudu.  Melihat mereka dari sudut ini, tidak henti bergelak ketawa mengejek aku yang jatuh tersungkur disini. Sangat menyenakkan perasaan. Aku terasa asing. Seperti seorang yang tidak diperlukan. Aku membaringkan diri. Suara hiruk pikuk mereka hilang. Langit biru bertemankan awan-awan Stratus aku tenung lama. Terasa seperti aku sedang terbang, ingin aku gapai dan berlari-lari di atas sana. Sekurang-kurangnya tiada yang membenci. Tiada yang menyakiti aku lagi.  Aku membesarkan mataku gembira, teruja. Hinggakan terlupa luka didahi yang masih berdarah, sakit dibadan yang masih terasa. Aku memejamkan mataku. Terasa sangat sejuk!. Kenapa? Aku didalam awan kah? Geli rasa badanku.. Haha.. Awan sedang mengeletek badanku kah? Aku tersenyum lagi. 

"Aman!! Ya Allah!! Tolong!! Tolong!!!" Suara ibu menyentak jantungku. Aku terkejut. "Aman, jangan bergerak. Diam. Jangan bergerak!" Suara Ayah yang kerisauan membuat kan aku lebih takut. Aku takut!. Ada sesuatu dikakiku, berat! Sejuk!. Lalang-lalang yang panjang menyulitkan aku untuk melihat sekeliling.  Aku sedang terdampar didalam selut! "Ya Allah, Tolonglah abang, anak kita!" Suara ibu menangis teresak-esak jelas kedengaran. Aku masih berbaring disini. Aku memberanikan diri mengangkat kepalaku. "Ibu!!!" aku menjerit kuat. Aku sedang dalam ketakutan. Awan biru terbentang luas ini tidak mampu menenangkan jiwaku. Ibu.. Aman takut ibu.. Ada Ular!.. Aku menahan diri dari teresak-esak.  Teringat pada pesan cikgu Idah. Kalau ade anjing, atau ular kita sebolehnya jangan cuba larikan diri secara tiba-tiba. Sebab anjing akan mengejar, dan ular akan segera mematuk sebab terasa diancam!. Aku menarik nafas dalam. Air mataku mengalir sederas air terjun. Air lopak sejuk itu aku rasakan panas!. Peluh dingin memercik didahi dan seluruh badanku!. Ayah.. Ibu... tolong Aman...

"Doktor, macammana dengan anak saya?" Ibu kelihatan cemas. Dia memandangku hiba, airmatanya terus mengalir.  Ibu, maafkan Aman... Aman da berdosa pada Ibu. Aman buat Ibu menangis.. Ibu sedih. Aku masih ingat lagi kata-kata Cikgu Idah.. "Anak yang baik tidak boleh membuat Ibunya menangis. Sekiranya Ibu atau Ayah menangis, Kita akan berdosa. Kalau kita sayang pada Ibu dan Ayah.. Kita kene selalu mendengar kata Ibu dan Ayah. Kita kene pastikan mereka gembira. Kita kena doakan kesejahteraan mereka.  Ok, Siapa sayang Ibu dan Ayah?" Semua kawan-kawan mengangkat tangan sambil menjerit 'Saya,Saya!" Aku diantaranya. "Ha, Jom kita sama-sama berdoa untuk Ibu dan Ayah semoga panjang umur dan disayangi oleh Allah.. semua tadah tangan ye.." Cikgu Idah tersenyum manis. Air mataku mengalir lagi. Ibu dan Ayah menangis... Aman bukan anak yang baik!.. Maafkan Aman Ibu..Ayah..

Setelah seminggu dihospital, aku kini dibenarkan pulang. Aku sangat gembira. Doktor kata aku sihat!. Tiada sebarang kecacatan atau sakit. Wajah ibu kelihatan tenang dan gembira. Aku juga gembira kerana Ibu dan Ayah kini sudah boleh tersenyum.  Ibu memelukku erat. Ayah mengangkat tangan berdoa kepada Allah sebagai tanda syukurnya.  Biar apa pun juga yang ayah doakan, aku akan senantiasa meng Ameen kan doa tersebut. Ameen, Ya Rabbal A'lamin.  Harini aku akan pulang! Aku tersenyum sendiri. 

Sempurna.

"Farish, Farisha.. jangan lari-lari.." Nida menjerit geram. Geram melihat telatah anak kembarnya yang telah berusia 3 tahun itu. Aku hanya tergelak melihat wajah tembam Nida. Well, Nida yang dahulunya seorang gadis genit kini telah bergelar isteri dan ibu kepada 3 orang anak yang comel.  Dia sering kali mengadu pasal berat badannya yang semakin naik dan tidak turun. Sambil mengusap perutnya yang sedang menunggu masa. Dia terduduk letih. Aku tergelak lagi. Productive sungguh kawan aku ni. bisik ku sendiri. 

"Penat kau aku nak mengejar budak-budak ni.. adoi.. nasib baiklah papanya tu rajin menjaga si kecik tu" dia memuncungkan bibirnya kearah Ramlan yang sedang asik menukarkan lampin anaknya yang baru berumur 1 tahun setengah.  Aku gembira melihat kawan baikku bahagia. Sekurang-kurangnya menjadi pengubat hatiku yang lara ini. Aku telah menamatkan pengajian aku di Australia dalam jurusan yang sama. Alhamdulillah, aku telah mendapat tajaan KPT untuk melanjutkan pengajian diperingkat Master selepas degree 3 tahun lalu. Kini aku bergelar Pensyarah di UiTM. Ape pun yang terjadi, UiTM tetap dihati. Aku memandang jauh kedasar langit. Terkenang kan dia. Ape kabarkah dia?.  

"Your dad actually introduce my step mom to my dad.. which is cause him to leave my mom and makes Mahafiz and my mom suffered" Aku terdiam. Nida ternganga. Aku tak sangka ayah aku merupakan seorang lelaki yang kaki perempuan, selalu berfoya-foya dikelab. Ayah dikatakan terlalu stress kerana Ibu tidak dapat memberikannya zuriat. Setelah 5tahun berkahwin, Ayah telah berubah menjadi kaki perempuan. Tika itulah, ayah dan Uncle Mahathir berkenalan dengan perempuan itu.  Nasib ayah baik, kerana tak lama selepas itu. Ibu disahkan mengandung.  Ayah telah menyesali kesilapannya dan hidup bahagia bersama Ibu selepas kehadiranku.  Mahafiz dan ibunya menyalahkan Ayah di atas kejadian yang menimpanya sekeluarga. Oleh itu, aku menjadi mangsa.  Pembunuhan tragis ibu dan ayah, yang ditetak berkali-kali dan dipenggal lehernya menjadi salah satu kes pembunuhan terkejam dan masih menjadi buah mulut masyarakat hingga ke hari ini.

"Kau ada cari dia?" Nida bersuara mengejutkan aku dari lamunan. Aku menggeleng perlahan. "You should find him.. coz i know, he tried so hard to find you all this years" Nida memandangku serius. Aku mengeluh. "Entahlah Nid... Aku.. tak pasti.." Aku memandang jauh. Kali ini lebih jauh dari tadi. "Im sure hes waiting for you.." Nida menyentuh bahuku lembut. "You still love him?" Nida bersuara lagi. Soalan yang sukar untuk aku menjawab. "Entahlah Nid, serius aku memang tak tahu.. aku keliru...aku sangat keliru" mataku pejamkan rapat. Aku tahu, hatiku berkata sebaliknya. Ya, aku memang cintakan dia. Selalu!.

Tubuhku dipeluk erat. Hangat. "But im sure i love you Wani". Jantungku seakan berhenti berdegup. Aku membuka mata dan cuba melepaskan diri. Lengan itu kuat memelukku. Aku terdiam. Nizam.. Macammana dia tahu aku disini?.. "Pls.. Let me go.." Aku bersuara keras. "Nope.. i dont wanna let you go. i've let you go once.. and you disappeared.. and now.. i wont do that again..You are mine" suara Nizam kedengaran serius dan tegas. "Nizam..Pls.." pelukan itu dieratkan lagi. Aku lemas. Lemah. Air mataku jatuh berguguran lagi. Untuk kesekian kalinya. "Please, stay with me.. be mine.. I need you..I ... I love You Hawani" suara Nizam tersekat-sekat. Hes crying!.

Pelukan hangat itu yang sering aku dambakan, kata-kata keramat itu yang aku mimpikan. What took you so long Nizam?.. Stupid... I've been waiting to be yours. forever. Air mataku berguguran bahagia. Nida dan Ramlan memeluk anak-anaknya mesra. Air mata bahagia mengalir dipipi Nida. Ramlan memeluknya erat. Aku tersenyum. Perlahan pelukan dilepaskan, Nizam kini dihadapanku. Menatap disegenap pelusuk wajahku. Cuba melepaskan segala rindu barangkali. Mata kami bersatu. Baru aku sedar, betapa lembut dan tampannya wajah lelaki ini.  Aku mengelus wajahnya lembut. Hatiku berbunga-bunga. Aku terkaku melihat wajahnya. Dia menyentuh hidungku, dan tergelak kecil. "berangan lagi ke?" dia memandangku sambil membesarkan matanya. Aku malu. Memang aku ni kaki berangan!. Ish...

Hari ini hari persandingan kita, Kau wahai suamiku berdiri setia disisiku, dan aku wanita yang telah diciptakan dari tulang rusukmu, dan ditakdirkan menjadi isterimu berdiri bahagia disampingmu. Pegangan tanganku aku eratkan. Dia memandangku dengan penuh kasih. Aku memandang wajahnya yang tampan. Lama. Terasa bertuah memiliki seorang suami yang sangat penyayang dan tampan. Aku tergelak sendiri.  "ehem..ehem.. berangan lagi ke? Abang tahu, sayang rasa abang sangat kacak kan?" Dia tersengih memandangku. Ah.. Kantoi lagi...! Aku malu!.. "Perasan!" Aku mencebikkan bibir mengejek. Kami tertawa. Tertawa dan terus tertawa, segalanya tersimpan dalam memory, bukan saja memory kita. Tapi juga diatas lembaran cinta ini. Album perkahwinan Mahanif dan Hawani ku tutup rapat.

Biarlah kau dan aku menjadi saksi. Kisah cinta kita Akhirnya sempurna disini. Aku dirangkul kemas olehnya. Dahiku dicium lembut.  Lampu dimatikan dan Iya, seperti yang kalian ingin tahu.  Perutku yang memboyot ini adalah tanda yang Aku BAHAGIA!. :)

-The End-

Segalanya.

Wajah Nizam aku tatap lama. "Wakeup Nizam.. I need You" Aku menyembamkan wajahku didadanya perlahan. Air mataku mengalir lagi. Its been 1 year now. Sampai hati kau Nizam. Sampai hati kau biarkan aku lalui segalanya sendiri. Tiada lagi air dimataku. Seperti hilangnya tawa dan senyum dibibirku.

Segala yang berlaku bagaikan mimpi, Tak pernah aku duga Mahafiz dan Nizam adalah adik beradik. Pertemuan aku dan Mahafiz di Stesen Bas Setahun yang lalu adalah dirancang.  Mahafiz dan Mahanif adalah mangsa perceraian.  They actually a twin!. Kembar tidak seiras. Mahafiz dijaga oleh ibunya dan Mahanif dijaga oleh Ayahnya. Ayahnya pergi meninggalkan ibu mereka sejurus selepas bersalin.  Mahanif dijaga oleh ibu tirinya iaitu seorang pelayan kelab malam yang hanya mementingkan wang.  Ayah Mahanif iaitu Adik Ayahku Uncle Mahathir merupakan seorang businessman yang berjaya. Setelah kematian Uncle Mahathir. Ibu tirinya mengambil kesemua wang insuran dan meninggalkan Mahanif untuk bekerja dikelab malam. Oleh itu, sikap Mahanif amat berlainan. Baginya ibunya seorang pelacur yang hanya tahu menjual tubuh badan kepada semua lelaki dikelab.  Segalanya masuk akal kini, segala tuduhan melulu darinya bila melihat aku bersama Mahafiz dulu.

Berbeda dengan kehidupan yang dilalui oleh Mahafiz, dia ditinggalkan tanpa sebarang harta. Akhirnya dia dan ibunya terpaksa merempat dibawah jambatan. Dikalangan penagih-penagih dadah. Mahafiz telah diajar mencuri dan menyara hidup dengan mengemis.  It turns out that, Mahafiz terjebak dengan kumpulan gangster. Kehidupannya berubah, Mahafiz dan ibunya duduk dirumah banglo berbekalkan wang haram hasil curi, jual dadah, peras ugut dan bermacam lagi.  Even, kereta Myvi yang dihadiahkan juga merupakan kereta curi. Aku telah mengembalikan kereta itu, dan Mahafiz kini sedang menjalani kehidupan didalam penjara sebelum dibawa kemuka pengadilan yang aku pasti akan dikenakan hukuman Gantung sampai mati kerana membunuh kedua ibu bapaku!. Memang sungguh hebat kau Mahafiz, U R Full of surprises! Hati aku sebak.

Aku memejamkan mataku lagi. Hiba. PRANGG....! kaca bertaburan di atas lantai. Aku bingkas berpaling. Nizam?? Nizam.. dah sedar! Air mata yang kian lama tidak mengalir, mengalir tanpa dipinta. Aku mengigil. Aku gembira!. Wajah Nizam aku sapu perlahan, badannya lemah. Dia memandangku sayu. Mataku masih lagi berlinangan air mata. Alhamdulillah. Kau sedar akhirnya. Aku menarik nafas lega.

Tanganku digenggam lembut. Sedari awal Nizam tidak melepaskan matanya dari menatap wajahku lembut. Aku tidak biasa. Aku tersenyum manis. Dia perlahan berdiri dan memelukku dari belakang sambil berbisik "Im sorry... I've failed to protect You" ujarnya perlahan. Aku tertunduk diam. "Nope, I am sorry.. for being stupid.. for being blind.. for not care and..." "shh..." sebelum sempat aku meneruskan kata-kata, dia mengeratkan lagi pelukannya. Hangat. "No, I should have tell you earlier.. about me.. about myself..my history.." Dia mengeluh perlahan. Kepalanya diletakkan kebahuku. Menyesal barangkali.  "You've done more than you know Nizam..I should be grateful.. Thank you.." Aku mengusap kepalanya lembut. Harum. Sama seperti dahulu. Aku tersenyum.

Hakikat yang Nizam banyak berkorban untuk aku, aku tak mungkin dapat melupakan.  Sebulan selepas aku mengenali Fiz, Nizam cuba berulang kali memberi amaran pada Fiz untuk tidak menganggu hidupku. Sehinggakan akhirnya dia bersetuju untuk mengikuti segala syarat yang dikenakan oleh Fiz untuk memastikan keselamatan aku. Mahafiz tahu, walaupun dia telah memukul Nizam seteruk itu, hanya satu yang boleh menyebabkan Nizam terus menderita. Iaitu AKU.

"Ready?" Aku mengusap lengannya perlahan. Dia tersenyum. Dia mengenggam tanganku erat. Seerat yang mungkin. "Hey, lovey!" Suara Nida kedengaran jelas. Aku tersenyum girang. Wajahnya tampak berseri-seri, maklumlah seri isteri mengandung. Dia memelukku erat. "Hye Nizam... eh, sorry.. Mahanif.." Dia berseloroh. Nizam hanya tersenyum. "Nope, panggil Nizam ok" Nizam mengangkat jarinya memberi ingatan. Kami semua tergelak kecil melihat telatah nya. "So, jom .. kita pegi minum dulu" Nida memaut lenganku mesra. "Ok" aku dan Nizam semakin serasi nampaknya. Aku tersenyum.  Sepanjang petang kami berborak.  Buat pertama kalinya, aku tertawa riang setelah kehilangan ibu bapaku setahun yang lalu. Setelah peristiwa itu, Nida menamatkan pengajian, dan tinggal bersamaku. 5bulan lalu, dia berkahwin dengan jejaka pujaan hatinya yang juga merupakan secret admirenya sejak dari zaman sekolah. and yes, dia sangat bahagia!. 

"So, whats next?" Nida memandangku dan Nizam silih berganti. Kami berpandangan. "What?" Aku bertanya seperti tidak mengerti. "Well, finally.. you guys are together.. dont tell me theres nothing happen between you guys" Nida mencubit lenganku sedikit. Aku hanya diam. Takkanlah perigi nak carik timba, ish.. malu aku. Nizam tak cakap ape pun.. Even, yes.. aku tahu. Nida ade bagitahu aku, The girl that Nizam love is actually ME. its always been me. tapi, yeah.. that what Nida says. Not him. Aku terus diam.  Nizam mengerling wajahku mungkin menunggu respon. Aku hanya tersenyum. "Hey, come on.. whats next?" Nida beria-ria menanti jawapan. Wajah Nizam kelihatan tenang.

"I need to tell you something.." suara nya mendatar. Hatiku berdegup laju. "The reason why he killed your parents". Jantung aku seakan berhenti. Dia tahu.. Dia tahu sebabnya..!  

Hanya Nida.

Aku memandang kosong. Segalanya seperti mimpi. Baru sebentar tadi aku bercakap dengan Ayah. Kini, ayah tiada lagi. Ibu.. tiada lagi.. Ayah...Ibu...! Aku terus memandang kosong. Nida memandu laju, lebih laju dari yang penah dia bawa. Dulu dia hanya berani membawa 60 km/j, tapi kini dia memecut hingga ke 140 km/j. Tanpa rasa takut, dan sebarang rasa teragak-agak. Dia memecut laju menuju ke Kuantan.  Perjalanan yang mengambil masa 4 jam, telah kami harungi dalam 3jam. Nida... Terima kasih.. Terima kasih kerana terus berada disisi aku.  Air mata aku mengalir lagi. Panas.

Lampu kereta polis yang menerangi perkarangan rumah aku, aku pandang kosong. Tanpa perasaan. Nida berlari menuju kedalam rumahku. Aku .. Masih didalam kereta.. memerhati dan mengingati pemandangan suram ini. Polis dimerata-rata tempat. Orang ramai berkerumun seperti menonton sebuah konsert. Lampu ambulan 'memeriahkan' lagi suasana. Aku masih disini, memandang dengan pandangan yang kosong. Neuron otak aku seakan terhenti. Tidak berfungsi. Yang tinggal hanyalah air mataku yang mengalir tidak putus-putus dari 3jam yang lalu. Seakan sungai yang deras. Yang tiada penghujungnya. Panas. Masih lagi panas.

Dapat aku lihat dengan jelas, Nida berjalan perlahan. Dipaut oleh seorang anggota polis wanita. Langkahnya berat. Wajahnya suram. Sesuram malam itu. Dia memandang aku dari jauh, memejamkan mata lama. Aku terus menangis. Kaki aku kaku, tidak berani untuk bergerak keluar dari perut kereta itu.  Perasaan Hiba, marah, kesal, semua menjadi satu. Aku buntu. Aku tidak tahu ape patut aku lakukan!. Aku benar-benar buntu!.. Nida melangkah berat menghampiri kereta. Pintu kereta dibuka. Aku masih memandang kosong kearah rumah yang penuh dengan hiruk pikuk kereta polis dan orang ramai. Nida terduduk diatas Tar yang keras dan basah itu. Memegang lenganku kuat. Teresak-esak.  Aku hanya melihat. dan terus melihat.

Aku dibawa ke balai polis untuk mengecam mayat. Kakiku masih kaku. Nida masuk dan membuat laporan. Beberapa orang polis wanita bangun dan bercakap sesama meraka. Selang beberapa minit, seorang wanita berbaju kurung, bertudung ala-ala wardina dan berwajah lembut persis seorang ibu datang mengiringi Nida menuju ketempat aku berdiri. Aku melihatnya lama. Dia melihatku dengan pandangan yang penuh kasih sayang. Dia mengelap airmata aku lembut. dan Mengusap pipiku. Dengan tidak semena-mena, aku menangis teresak-esak, meraung didalam dakapannya. Segalanya dah berakhir!. Im all alone now!.. aku terus meraung.  Keadaan jadi semakin haru biru.

Semua kejadian silih berganti bermain seperti pancaran cakera didalam otakku. Semua nampak jelas. Semua kini masuk akal! Nizam, Mahafiz, Nida, Ayah dan Ibu. Semuanya jelas!. Yang pasti aku kini keseorangan!. Aku hanya ada Nida! insan yang telah aku khianati. Insan yang tak pernah aku hargai. Aku hanya ada dia, Hanya Nida!.

Siapa Mahafiz?

"Im sorry Nida..Im really sorry.." aku menundukkan kepalaku memandang kakiku sendiri. Tidak berani mengangkat muka berhadapan dengan Nida. Seorang kawan baik yang telah aku khianati. Seorang kawan yang tidak pernah jemu menjaga dan berada disisi ku. Aku, aku memang seorang yang tidak mengenang budi! .. Aku malu..  Nida memelukku erat. "Its OK Wani. Its really OK" dia berbisik perlahan. Hati aku tenteram. Terima kasih kawan. Terima kasih.

Segalanya kini telah jelas, Nida telah menceritakan segalanya padaku. Siapa Mahafiz dan siapa Nizam. Aku yang buta dek kerana cinta terasa lemas. Lemas dalam kepongpongku sendiri. Dunia fantasiku sendiri!.  Aku pantas mendail nombor telefon ayahku. Tiada jawapan.  Aku mendail nombor Fiz. Tiada jawapan!. Apekah? Apekah yang berlaku? Telefon ku bergegar. Nombor yang tidak dikenali. Aku mengangkat perlahan.

"Cik Hawani Binti Imran?" Terdengar suara seorang perempuan yang agak formal cara percakapannya. "iye saya" aku membalas. "Saya ASP Kamariah dari Balai Polis Pekan, Kuantan" Hati aku berdegup kencang!. Polis?.. Pandanganku gelap. Kepalaku berat. This is too much. I cannot take it, Im shutting myself down...

Mata aku buka perlahan, Wajah risau Nida aku tatap lemah. Air mataku mengalir deras. Lebih deras dari sebelumnya. "Ayah..Ibu.." Aku teresak-esak kuat. Nida memelukku kuat. Aku terus menangis. Hanya satu yang aku mahu kini.. Ayah... dan Ibu....!

Siapa Nizam?

Hati aku jadi tidak keruan selepas mendapat tahu Nizam koma. Perlukah aku bertanya pada Nida Hospital mana? Patutkah aku beritahu pada Ayah dan Ibu mengenai Nizam? Kenapa Nizam koma? Accident? Tak mungkin, kalau betul accident pasti pihak Universiti telah mengwarwarkan hal tersebut.  Atau mungkinkah dia terlibat dalam pergaduhan?. Melihatkan sikapnya yang tak semenggah itu, aku percaya sangat kalau dia terlibat dalam pergaduhan!.  Aku mendengus sendiri. Kuat. Peduli lah, aku bukan nya kisah pasal dia. Dia pun tak pernah nak layan aku dengan baik, jadi kenapa aku perlu ambil tahu pasal dia?. Lantaklah.. Baik aku tidur.  Aku memusingkan badan dan menarik nafas dalam.

Its been 2 hours, aku hanya berpusing pusing diatas katil. Mata ni tidak membenarkan aku tidur. Mata aku masih terbuka segar. dan ingatan aku masih lagi berfikir ligat mengenangkan hal dia. Kenapa lah aku nak sibuk sangat ni? After what he had done to me, how he treat me before. Why should i care? I dont wanna care and i dont have to!. Aku mendengus sendiri. Marah pada diriku sendiri mungkin. Aku tidak mampu menidakkan perasaan cemas aku apabila mendapat tahu mengenai dia yang sedang koma. Hati aku memberontak ingin bertanya pada Nida. Tapi, layakkah aku bertanya? mahukah Nida menjawab pertanyaan aku nanti? .. Aku bingkas bangun dan mencapai tuala mandi, i need to calm down!. 

Tanpa disuruh, aku bingkas bangun dan menanti Nida dari dalam kereta. Kalau aku tak dapat bertanya pada dia, at least aku boleh mengekori dia!. Aku bermonolog sendiri. Sedikit lega. Mungkin kerana aku akhirnya mendapat idea bagaimana untuk mengetahui mengenai Nizam. At least, which hospital Nizam admitted.  Nida berjalan pantas menuruni anak-anak tangga dan berlari-lari anak menuju ke tempat menunggu bas.  Aku melihatnya dari jauh. Kalau lah semalam kita tak bergaduh, mungkin harini kita bersama-sama pergi ke Hospital melihat Nizam. Aku mengeluh sendiri, kesal dengan sikap aku yang membuta tuli memarahi Nida, kawan baikku sendiri. Aku memejamkan mataku lama. Menahan airmataku jatuh barangkali.  Aku mengeluh lagi sambil mataku tercari-cari.. Nida mana? dah naik bas ke? Mataku melilau mencari kelibat gadis genit itu. 
Shit!.. Shes gone!.. Urgh! aku menghentak stereng kereta ku kuat. Geram!.

Telefon diatas pehaku bergegar, aku memandang lemah. "Niddy?" Aku bernafas kencang. Nida SMS?... tanpa membuang masa aku membuka SMS yang baru diterima. "U dont have to be a stalker, Hes in Tengku Ampuan Rahimah" SMS yang ringkas. Gosh, she knew i was watching her!.. Aku malu sendiri. Terasa bodoh.  Aku menarik nafas lega. At least, aku tahu Nida masih sudi bercakap well, SMS aku. Message aku biarkan tidak berbalas. Gear dimasukkan dan.. Gegaran telefon ku menganggu konsentrasi ku. Fiz call?.. 

"Morning sayang" suara Fiz kedengaran mesra. Hati aku lega. Terasa damai mendengar suara itu. "Hye Fiz, Moning" Aku menjawab bersahaja. "I have a surprise for you" Fiz kedengaran riang. "What is it?" Aku memang suka surprise. and He knew it! "Im at your village now" Jantung aku berdegup kuat. Kampung? buat ape pulak dia kat sana? "Why?" Aku memberhentikan keretaku dan menekan Hazard lamp.  Well, this is a case of emergency too! for me. "I datang bersama rombongan". Rombongan?? kata-kata yang agak susah nak aku compute masuk dalam otak ketika ini. Rombongan ape?.... "We gonna be together sayang! Just wait and see ok!.. i got to go, wait for the Call, Love you sayang. muach!" Talian terputus... Together? Rombongan? The Call? Whos Call?? Ayah? Nama ayah tertera diskrin telefon ku. 

Dengan hati yang berdebar. Aku teruskan juga langkah kaki ku masuk keperkarangan hospital. "Excuse me cik, boleh saya tahu bilik En. Nizam?" Aku memandang wajah jururawat bertugas yang sedang membelek dokumen. "Nizam? Nama penuh ada cik?" Tersentak mendengar pertanyaan jururawat tersebut. Baru aku sedar.. betapa sedikitnya aku tahu mengenai lelaki itu. Aku terdiam. dan menggeleng perlahan. "Ramai pesakit bernama Nizam cik.. Kalau tak tahu nama penuh, susah saya nak bantu" Jururawat memandangku pelik. "Dia koma, dah sebulan koma, tapi saya tak tahu nama penuh dia, boleh cik tolong semak?" Aku memandang jururawat itu dengan penuh harapan. Semoga dia dapat membantu. Hati aku cemas.. aku rasa serba salah.. Perlukan aku menghubungi Nida?.. tidak.. aku tak mahu nampak bodoh lagi. Ape aku nak tanya nanti? takkan aku nak bagitahu dia yang aku tak tahu nama penuh sepupu aku sendiri?? That is ridiculous!.

"Sorry cik, dalam rekod kami tiada pesakit koma yang bernama Nizam" What?. Tiada?.. Aku menarik nafas dalam, kepala aku terasa berat.  Keliru. Nida mempermainkan aku ke?.  Pantas aku menghubungi Ayah. Tiada jawapan. Mungkin terlalu sibuk melayan tetamu. Melayan keluarga Fiz.. Kepala aku terasa berat. This is too much to bear! Kenapa lah time ni pulak si Fiz ni nak hantar rombongan meminang?.. I dont have time to think bout marriage. Gosh.. "Cik, takkan tak ade? Dia pelajar UiTM, koma sejak sebulan yang lalu! saya pasti dia ada disini! tolonglah cik" aku merayu, air mataku berlinangan dan akhirnya mengalir perlahan.  Im crying!.. 

"Cik, memang takde.. maaf cik saya betul-betul minta maaf sebab tak dapat membantu" Tangan jururawat tu memegang tanganku lembut. Hati aku pedih.  Fikiran aku berkecamuk.  Why? Why i never ask his full name? Why? I dont know anything about this guy! I seriously dont know anything!... Selama ni aku rasa, aku da biasa dengan dia. Aku kenal perangai dia. Tapi rupanya.. i know nothing.. even his name.. i dont know his full name!.. aku menjerit didalam hati. Rasa terbeban dan rasa sakit ini lebih dari sebelum ini.

"Mahanif" pesakit nama Mahanif. Suara itu.. Mungkinkah? "Oh, Mahanif? Kalau Mahanif adalah." Jururawat itu melihat aku dengan senyuman. "Tak ape, saya bawa dia" Nida memegang bahuku lembut. Aku memandang wajah Nida dengan penuh rasa bersalah dan kesal. Aku tertunduk.  Mahanif?... Siapa Mahanif? Nizam ke? Kalau Mananif itu Nizam, Siapa Nizam?.. Fikiranku berkecamuk. Aku hanya mengekori Nida dari belakang, bersama seribu satu soalan berlegar difikiran.  Pintu dikuak perlahan. Sekujur tubuh terbaring kaku. Air mataku menitis, deras. Nida memandang sayu. Matanya yang sembab menunjukkan bahawa dia juga sedang bersedih!.  Selama ini, aku kata aku tak pedulikan dia. Aku benci dan tidak menerima keberadaan dia. Mungkin dengan bercakap kasar seperti itu aku dapat menipu semua orang, tapi hakikatnya.. Aku tidak dapat membohongi diri aku sendiri. Aku telah lama menerima dia. Aku sayang pada dia!..