Sebulan genap sudah aku bekerja disini, Bos aku Mdm Zues melayanku dengan sangat baik. Farouk juga telah menjadi teman baikku. Malah, wang perbelanjaan sebanyak RM300 telah aku kirim pada Ibu. Aku menyewa bilik di Jalan Maharajalela berharga 200 sebulan. Aku juga telah membeli sebiji telefon bimbit bagi memudahkan kerjaku. Aku tersenyum puas. Segalanya berjalan dengan lancar. Aku menarik nafas lega.
"Mil, kau orang Malaysia, masih muda. Kenapa kau tak belajar?" Soalan Farouk membantutkan suapan tanganku. Aku meletakkan nasiku kedalam pinggan semula. "Aku perlukan duit" Aku menghirup air Teh O Ais Limau cuba mengosongkan ruang tekak ku yang penuh dengan nasi. Aku sememangnya merupakan seorang pelajar yang cemerlang dibangku sekolah. Malah, keputusan SPM aku juga sangat bagus. Aku mendapat 7A 2B didalam SPM. Namun, kerana desakkan hidup, kesusahan keluarga. Aku terpaksa memadamkan niatku untuk melanjutkan pengajian ku di Universiti.
"Mil, kalau kau pergi.. Siapa yang Ibu boleh harapkan lagi Mil?, Ayah kau tu tak sihat. Ibu ni penjual Kuih ja Mil, Kau janganlah pergi belajar ya nak?" Wajah lesu ibu aku tatap kecewa. Aku benar-benar ingin pergi melanjutkan pelajaranku di UKM. Namun, hatiku berat ingin meninggalkan Ibu sendirian menjaga adik-adik yang masih bersekolah. Malam itu, aku mogok dan tidak makan. Keesokkan harinya Ibu telah menyediakan Karipap Daging kesukaan ku. Aku habiskan dengan lahap kesemua Karipap tersebut dan pada waktu itulah aku bertekad untuk menguburkan cita-cita ku untuk melanjutkan pengajian di Universiti.
"Kalau kau mahu, kau boleh belajar sambil keje Mil, Kau amiklah syif petang jam 6pagi hingga 2pagi" Farouk memberi cadangan. Aku memandangnya dengan pandangan bersinar. Betul, aku kini telah bekerja. Malah, gaji bulan pertamaku juga melebihi keperluanku. Aku berfikir sejenak. Malam itu, semangatku kembali dan niatku untuk meneruskan pengajian berkobar-kobar semula. Sejurus selepas kedai tutup, aku berlari menuju ke CyberCafe 24jam untuk melayari Internet bersama Farouk. Beberapa laman IPTA aku lawati. Yang paling dekat dan mudah untuk aku adalah UiTM di Shah Alam. Aku mencetak pra syarat untuk kemasukkan dan keluar dengan senyuman gembira diwajahku.
Malam itu, aku tidak dapat melelapkan mataku kerana terlalu excited. Seawal pagi aku membawa segala dokumenku dan pergi ke BSN untuk membeli nombor pendaftaran bagi permohonan Online UiTM. Aku tersenyum girang. Semuanya telah aku lakukan. Kini, aku hanya perlu menanti jawapan dari pihak UiTM. Ya Allah, Kau bantulah aku Ya Allah. Kau makbulkanlah permintaan ku ini Ya Allah. Aku berdoa memohon bantuan Nya.
Selang dua bulan, wajahku berseri-seri, Surat tawaran untuk mengikuti kursus Komputer Sains di UiTM kudakap kuat. Farouk merupakan orang yang paling gembira mendengar berita ini. Petang ini kami akan ke Pavilion meraikan kemasukkan aku ke UiTM. Aku sangat gembira. Haruskah aku kabarkan pada Ibu? Gembirakah Ibu mendengar perkabaran ini?...

No comments:
Post a Comment