Suasana di KL memang sangat berbeda dengan kampung. Dikampung, pada waktu ini hanya suara cengkerik dan katak yang memecah keheningan malam. Tapi di sini, deruman kereta tidak putus-putus dijalanraya, dikiri kanan jalan penuh dengan orang-orang yang masih lagi leka berbual, lelaki mahupun perempuan sedang berdua-duaan tanpa memperdulikan orang disekeliling, berpegang-pegangan, bercium-ciuman. Aku mengerutkan keningku tanda kurang selesa dengan budaya disini. Mataku melilau melihat keadaan sekeliling.
Kakiku melangkah tidak tahu kemana arah. Aku mendekati seorang lelaki asing berpakaian seakan-akan polis keselamatan. "Hello, surau ada disini?" Aku mengangkat tangan ku seperti orang sedang bersolat. "Sudah tutup, sudah tutup!" dia menggeleng kepalanya laju dan menyuruhku pergi. Aku mengangkat tangan tanda terima kasih dan melihat kawasan sekeliling lagi. Segalanya ada disini. Hotel, LRT, Berjaya Times Square, Restaurant 24jam, Cyber Cafe 24jam, 7eleven 24jam juga. Semuanya lengkap!. Tapi.. surau tidak dibuka 24jam? Masjid? dimanakah masjid?.. Aku memusingkan kepalaku 360darjah. Mencari kubah Masjid dikawasan sekeliling. Hanya lampu-lampu jalan dan bangunan pencakar langit menghiasi langit malam ini.
Aku memberanikan diri mendekati seorang lelaki dihujung jalan. "Abang, masjid mana abang?" Aku berhenti disisi seorang lelaki yang sedang membawa banyak permainan ditangannnya. Dia memandangku dengan wajah yang hairan. "Masjid ka? Ayo.. Saya mana tau. Lu tanya Tokong saya tau la..." Dia menepuk dahinya sendiri. "Oh, lu cina ka? saya ingat lu melayu. Muka lu macam melayu la apek, sorry la apek.. sorry" Kali ni aku sendiri menepuk dahiku sendiri. "Haiya, Lu a.. Lu ingat kulit gua itam gua olang Melayu ka? Haiya.. Eh, Lu mau beli ini bola ka? Banyak lampu ma" Dia mula mempromosikan permainan ditangannya. Aku hanya menggeleng perlahan dan tersenyum. Aku berjalan lagi. Mataku tertumpu pada satu tanda pintu gerbang. China Town? Petaling Street? oh, ini Bandar Cina?? Patutlah ramai cina kat kawasan ni bisikku sendiri. Lorong yang penuh dengan pengunjung asing itu aku perhatikan. Kedai-kedai Cina disisi jalan bagaikan Cendawan yang tumbuh dan dipenuhi oleh semut. Botol-botol arak berselerakan disetiap meja. Bau-bau yang kurang menyenangkan menusuk kerongga hidungku. Aku mengucap panjang.
"Abang, mari beli? Beg dari Thailand, Murah-murah". Seorang lelaki india memegang bahuku dan menarikku kekedainya. Dia menunjukkan aku beberapa Beg Kraftangan dari Thailand. Aku menggeleng lagi. Mataku terasa semakin berat. Aku menguap dan berpusing semula keluar dari kedai itu. Ingin segera mencari Masjid untuk aku menumpang tidur. Aku melangkah meninggalkan lelaki india itu yang sedang sibuk menarik pelanggan.
"Assalammualaikum" Telingaku menangkap ungkapan salam itu. Akhirnya! ada orang muslim di Kuala Lumpur rupanya. Aku berpaling laju. Lelaki India tadi ku lihat sedang bersalaman dengan seseorang. Muslimkah dia? Belum sempat aku mengatur langkah kearah nya. Langkahku terbantut. "Assalammualaikum" Seorang lagi lelaki Cina datang dan menepuk-nepuk bahu lelaki tadi. Aku memandang hairan. "Hey, you cina ma. saya tak boleh nak jawab you punya salam" Lelaki itu tersenyum melihat lelaki cina tadi. Oh, lelaki india itu muslim. Aku menarik nafas lega. Nampaknya di Kuala Lumpur ini, memberi salam itu seperti trend. Cina, India, atau Buddha pun boleh beri salam ke? Aku harus berhati-hati. Aku berbisik sendiri. Perlahan aku mendekati lelaki india itu semula. "Mau beli ka?" dia memandang aku mesra. Aku menggeleng dan memegang bahunya perlahan. Dia memandangku memberikan perhatian. "Abang, Kawasan ni ada masjid ke?" Aku bertanya bersungguh. "Masjid? Ada.. Mestilah ada. Kamu nak pergi ke masjid ya? Jauh sikit dari sini" Dia tersenyum memandangku. "Awak dari mana? Baru datang sini ke?" Dia bertanya lagi. "Saya dari Kedah, datang sini cari kerja. Nama saya Hazmil, panggil je Mil" Aku menghulurkan tangan. "Saya Farouk, da dapat kerja ka?" Kami bersalaman. Lama dia memerhatikan aku dari bawah ke atas, pandangan matanya tertumpu pada beg yang sedang aku sandang. "Belum lagi, esok baru nak cari, Harap-harap dapatlah" Aku membetulkan sedikit beg galasku. Tidak selesa diperhati begitu. Walaupun dia seorang muslim, di KL ni, aku harus berhati-hati. Aku tersenyum gembira.
"Kalau macam tu, malam ni kamu tidur dimana?" dia menyoal lagi. "Saya nak menumpang di Masjid malam ini" Aku tertunduk malu. "La, patutlah kamu cari Masjid.." Dia mengangguk sedikit tanda faham. "Kamu tak kisah ke kerja jual baju?" Dia bertanya lagi. Aku memandang wajahnya dengan pandangan bersinar. Dia nak tolong aku ke? Aku mengangguk laju. Dia menepuk bahuku lembut. "Mari saya bawa kamu jumpa bos" Dia mengangguk dan menarik lenganku perlahan. Aku mengikutinya. Berdebar. Dari jauh aku melihat dia bercakap dengan seorang wanita Cina berumur dalam lingkungan lewat 30an. Wanita itu memandang aku dari jauh. Farouk melambai kearahku memberi arahan untuk mendekatinya. Aku berlari-lari anak kearahnya. "Kamu boleh ka? Kerja sini tidak tentu masa wo. Kalau tidak bole baik-baik kerja saya tidak mahu" Wanita itu memandangku serius. "Saya boleh, Bos jangan risau, saya akan kerja baik-baik" Aku melihatnya dengan bersungguh. Dia mengangguk memandang Farouk. "Esok mula lah, Farouk kamu ajar dia" Aku tersenyum mendengar jawapannya. Aku kini seorang yang berkerja!. Memang seperti dicanangkan oleh semua, semua khabar angin itu betul. Di Kuala Lumpur peluang pekerjaan lebih mudah dan banyak. Farouk tersenyum memandangku. "Terima kasih Farouk" Aku menggenggam tangannya kuat. Tanda syukur. "Malam ni awak boleh tidur di atas kedai ok, saya sudah bagitahu bos" Dia memuncungkan bibirnya ke atas. Aku telah mendapat kerja, dan tempat tidur dalam sekelip mata sahaja. Alhamdulillah. Ya Allah, aku bersyukur padaMu Ya Allah.
No comments:
Post a Comment