"Im sorry Nida..Im really sorry.." aku menundukkan kepalaku memandang kakiku sendiri. Tidak berani mengangkat muka berhadapan dengan Nida. Seorang kawan baik yang telah aku khianati. Seorang kawan yang tidak pernah jemu menjaga dan berada disisi ku. Aku, aku memang seorang yang tidak mengenang budi! .. Aku malu.. Nida memelukku erat. "Its OK Wani. Its really OK" dia berbisik perlahan. Hati aku tenteram. Terima kasih kawan. Terima kasih.
Segalanya kini telah jelas, Nida telah menceritakan segalanya padaku. Siapa Mahafiz dan siapa Nizam. Aku yang buta dek kerana cinta terasa lemas. Lemas dalam kepongpongku sendiri. Dunia fantasiku sendiri!. Aku pantas mendail nombor telefon ayahku. Tiada jawapan. Aku mendail nombor Fiz. Tiada jawapan!. Apekah? Apekah yang berlaku? Telefon ku bergegar. Nombor yang tidak dikenali. Aku mengangkat perlahan.
"Cik Hawani Binti Imran?" Terdengar suara seorang perempuan yang agak formal cara percakapannya. "iye saya" aku membalas. "Saya ASP Kamariah dari Balai Polis Pekan, Kuantan" Hati aku berdegup kencang!. Polis?.. Pandanganku gelap. Kepalaku berat. This is too much. I cannot take it, Im shutting myself down...
Mata aku buka perlahan, Wajah risau Nida aku tatap lemah. Air mataku mengalir deras. Lebih deras dari sebelumnya. "Ayah..Ibu.." Aku teresak-esak kuat. Nida memelukku kuat. Aku terus menangis. Hanya satu yang aku mahu kini.. Ayah... dan Ibu....!
No comments:
Post a Comment