Friday, 17 June 2011

Kunci.

Bas Mini berwarna pink berhenti tepat dihadapan pintu gerbang UiTM. Langkahku terhenti. Rasa teruja dan nervous bercampur baur. Pengambilan Pelajar Baru. Papan tanda penunjuk arah berada disetiap jalan berbukit itu. Aku mendaki setiap anak bukit dengan penuh semangat, sedikit pun tidak aku rasakan lelah atau penat. Aku melihat ramai orang yang mengenakan suit berwarna hitam dan bertag purple berlari ke sana sini sambil memegang walkie talkie ditangan. Aku merasa hairan. Kalau di Petaling Street aku faham mengapa mereka memerlukan walkie talkie seperti itu, tapi di sini? Siapa mereka ini? Staff keselamatan kah? Rupa body guard jauh sekali. tapi perwatakkan dan cara pemakaian, seperti body guard. Mungkin ada orang besar yang akan datang melawat. Aku tersenyum bangga. Di hari pendaftaran pelajar baru aku sudah dapat melihat orang-orang besar disini. Aku pasti masa depanku akan cerah disini. Perjalanan aku teruskan. Dewan pendaftaran kelihatan sesak dengan para pelajar dan ibu bapa.


Aku terdiam kaku. Semua pelajar hadir bersama Ibu dan Bapa mereka. Tapi aku, aku berdiri disini keseorangan. Menguruskan segalanya sendiri tanpa sesiapa disisi. Sekali lagi ingatanku terbang ke kampung. Apa yang sedang Ibu lakukan sekarang. Sudahkah Ibu telah terima wang kirimanku? Sepatutnya sudah. Aku juga memberikan nombor telefonku. Mengapa tiada sebarang panggilan dari Ibu atau Ayah?.. Marahkah mereka padaku? Aku mengeluh perlahan, sedikit sedih dan kecewa. Ku aturkan langkahku lemah memasuki perkarangan dewan pendaftaran tersebut. Tanpa memperdulikan orang disekeliling aku melangkah menuju ke setiap kaunter hinggalah pendaftaran selesai. Tentatif pelajar aku belek lama. Ada taklimat hingga petang?. Kunci ditangan aku tenung lama. Seakan orang yang hilang ingatan aku mengerutkan dahiku. Kunci apa ni?. Aku mengangkat kepalaku cemas. Barangkali aku terambil kunci sesiapa disini. Aku tidak mahu dituduh pencuri!. Aku segera berlari menuju kearah salah seorang lelaki berpakaian hitam dan memegang walkie talkie dihadapan pintu masuk. "Sorry, Abang.. ni kunci apa?" Aku menunjukkan kunciku padanya. "Ha?? Sana..Sana.. Kaunter no. 5" Aku menoleh kearah yang ditunjukkan. "Cik, ini kunci apa? saya tak tahu macammana saya dapat kunci ni" ujarku cemas. Seorang wanita bermata sepet lingkungan lewat 20an memandangku hairan.


"Nama?" Dia memandangku malas. "Khairul Hazmil Khairullah" Aku melihatnya sedang asik memandang komputer. Tidak dengarkah dia apa yang aku cakapkan?. "Kunci" Dia menadah tangan sambil memandang wajahku. Aku menyerahkan kunci padanya. "Terima kasih" Aku memusingkan badan ingin melangkah pergi. "Ini kunci bilik kamu" Langkahku terhenti. "Kunci apa?" Aku mengerutkan dahiku lagi. "Bro, kunci hostel lah" Seorang lelaki berambut tegak memeluk bahuku mesra. Aku terpinga. Hostel?? Dia tergelak melihat telatahku yang tidak tahu apa-apa. "Great, i've found my room mate!" Dia mengambil kunci dari wanita tadi dan menarikku pergi. "Wajib ke duduk Hostel?" Aku memandang kunci ku lama. "For first semester, its compulsory bro" Aku mengerut dahi lagi. Aku kena berkerja hingga lewat pagi. Aku tak boleh duduk di Hostel. "Oi, naik cepat" Aku menyambut Helmet hitam yang dicampakkan kearahku. Dia ada motor. Mesti anak orang berada, bisik hatiku sendiri. "Nama aku Sofy" Dia menghulurkan tangan kearahku. "Hazmil" Aku menyambut dan digenggam erat oleh dia. Dia tersenyum lagi. Perasaan berada di atas motor berlainan dengan menaiki Lori. Motor rasa lebih 'bebas'. Bebas seperti burung-burung yang berterbangan. Bebas seperti tiada apa yang perlu aku fikirkan. 


Aku memandang bilik yang tersedia kemas untuk ku. Boleh tahan juga. View pun cantik. Aku segera mengeluarkan telefon bimbitku dan mendail nombor telefon Farouk. Telefon berdering tidak berjawab. Aku mencuba lagi. "Hello, Farouk. Mil ni.. Ada problem sikit lah" Aku pun menerangkan pada Farouk polisi UiTM bagi pelajar tahun pertama. Dia seakan faham dan berjanji akan berbincang dengan Mdm. Zues. Aku sedikit lega. Pakaian telah aku susun didalam almari. Aku menghempaskan diriku di atas katil yang sedikit keras dan menarik nafas dalam. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Badanku terasa letih yang amat sangat. Dek kerana rasa teruja yang amat sangat, sejak seminggu lalu aku tidak dapat melelapkan mataku  dengan lena. Kini segalanya telah selesai. Habuan mata sedang menanti.

No comments:

Post a Comment