Sunday, 12 June 2011

Hanya Nida.

Aku memandang kosong. Segalanya seperti mimpi. Baru sebentar tadi aku bercakap dengan Ayah. Kini, ayah tiada lagi. Ibu.. tiada lagi.. Ayah...Ibu...! Aku terus memandang kosong. Nida memandu laju, lebih laju dari yang penah dia bawa. Dulu dia hanya berani membawa 60 km/j, tapi kini dia memecut hingga ke 140 km/j. Tanpa rasa takut, dan sebarang rasa teragak-agak. Dia memecut laju menuju ke Kuantan.  Perjalanan yang mengambil masa 4 jam, telah kami harungi dalam 3jam. Nida... Terima kasih.. Terima kasih kerana terus berada disisi aku.  Air mata aku mengalir lagi. Panas.

Lampu kereta polis yang menerangi perkarangan rumah aku, aku pandang kosong. Tanpa perasaan. Nida berlari menuju kedalam rumahku. Aku .. Masih didalam kereta.. memerhati dan mengingati pemandangan suram ini. Polis dimerata-rata tempat. Orang ramai berkerumun seperti menonton sebuah konsert. Lampu ambulan 'memeriahkan' lagi suasana. Aku masih disini, memandang dengan pandangan yang kosong. Neuron otak aku seakan terhenti. Tidak berfungsi. Yang tinggal hanyalah air mataku yang mengalir tidak putus-putus dari 3jam yang lalu. Seakan sungai yang deras. Yang tiada penghujungnya. Panas. Masih lagi panas.

Dapat aku lihat dengan jelas, Nida berjalan perlahan. Dipaut oleh seorang anggota polis wanita. Langkahnya berat. Wajahnya suram. Sesuram malam itu. Dia memandang aku dari jauh, memejamkan mata lama. Aku terus menangis. Kaki aku kaku, tidak berani untuk bergerak keluar dari perut kereta itu.  Perasaan Hiba, marah, kesal, semua menjadi satu. Aku buntu. Aku tidak tahu ape patut aku lakukan!. Aku benar-benar buntu!.. Nida melangkah berat menghampiri kereta. Pintu kereta dibuka. Aku masih memandang kosong kearah rumah yang penuh dengan hiruk pikuk kereta polis dan orang ramai. Nida terduduk diatas Tar yang keras dan basah itu. Memegang lenganku kuat. Teresak-esak.  Aku hanya melihat. dan terus melihat.

Aku dibawa ke balai polis untuk mengecam mayat. Kakiku masih kaku. Nida masuk dan membuat laporan. Beberapa orang polis wanita bangun dan bercakap sesama meraka. Selang beberapa minit, seorang wanita berbaju kurung, bertudung ala-ala wardina dan berwajah lembut persis seorang ibu datang mengiringi Nida menuju ketempat aku berdiri. Aku melihatnya lama. Dia melihatku dengan pandangan yang penuh kasih sayang. Dia mengelap airmata aku lembut. dan Mengusap pipiku. Dengan tidak semena-mena, aku menangis teresak-esak, meraung didalam dakapannya. Segalanya dah berakhir!. Im all alone now!.. aku terus meraung.  Keadaan jadi semakin haru biru.

Semua kejadian silih berganti bermain seperti pancaran cakera didalam otakku. Semua nampak jelas. Semua kini masuk akal! Nizam, Mahafiz, Nida, Ayah dan Ibu. Semuanya jelas!. Yang pasti aku kini keseorangan!. Aku hanya ada Nida! insan yang telah aku khianati. Insan yang tak pernah aku hargai. Aku hanya ada dia, Hanya Nida!.

No comments:

Post a Comment