Sunday, 12 June 2011

Redha.

Hari ini hari Ahad, Ayah bercuti. Yes.. Selalunya kalau Ayah cuti. Kami akan mandi sungai. Atau mungkin kami akan berjalan keluar. Pagi-pagi lagi Ayah dah mandikan Aman. Mesti Ayah nak bawak Aman jalan. Aku gembira sendiri. Ayah memakaikan aku baju dan seluar. Besarnya seluar Aman tu ayah. Malu lah Aman. Aman nak tukar seluar lain la Ayah. Aku mengerutkan dahi. Tanganku aku gerakkan cuba menarik perhatian Ayah. Kerasnya tangan Aman ni. Kenapa dia tak nak bengkok?. Aku melihat tanganku sendiri. Ayah mengambil kain lap dan mengelapkan air liur aku yang aku rasakan kini seringkali keluar. Ayah dan Ibu pulak rajin sangat nak tolong lap. Aman boleh lap sendiri. Aku berbisik didalam hati.

"Abang.." Ibu masuk kedalam bilik dan memicit-micit bahu Ayah perlahan. Ayah penat ke?.. Mungkin Ayah penat lah. fikirku.. Air mata Ibu mengalir lagi. Dia memeluk bahu Ayah kuat. Ayah cuba menenangkan Ibu. "Sudahlah tu Pah.. Dah takdir Allah. Kita Redha aje lah ya" Ayah bersuara lembut. Apa yang Ibu dan Ayah cakap ni?. Aman tak faham lah. Ibu hanya mengangguk perlahan dan berlalu keluar. Ayah melihatku lama. Ayah menangis?.. Ayah mengelap air dimatanya yang hampir gugur. "Ayah menangis lagi? siapa buat Ayah? Bagitahu Aman Ayah. Biar Aman marah dia!" Aku bertanya pada ayah. Ayah diam. Ayah selalu lah buat macam ni. Bagitahu lah Aman. Aman tau lah Aman budak kecik. Tak boleh nak buat apa. Tapi Aman nak tahu lah Ayah!.  Ayah bangun dan membetulkan pembaringan aku sebelum keluar. Aku dah menjadi pelik. Tak jadi pergi jalan ke ni??

"Ustaz, Assalammualaikum.. jemput masuk ustaz.. jemput.." Seorang Atok berjanggut putih datang kerumah ku. Wajahnya berseri-seri. Lembut dan sentiasa tersenyum. Jiwa aku tenang melihat Atok ni. Perasaan yang sama aku rasa semasa melihat Awan Stratus pada beberapa hari lalu. Aku tersenyum melihat wajah Atok dari jauh. Dia seakan tahu dan mengerling kearahku. Ayah bangun dan menunjukkan jalan kearahku. "Jemput ustaz" Ayah menundingkan jarinya kearahku. Atok itu bangun dan tersenyum sambil berjalan kearahku. Eh, atok nak jumpa Aman ke? Nak bagi duit raya ke? belum raya rasanya!.

"Tolong ambilkan air segayung" Atok meminta lembut pada ayah. Ibu segera bergegas kedapur dan kembali bersama segayung air dan diberikan pada Atok itu. Atok membaca sesuatu dan dihembuskan kedalam air tu. E... Atok ni nak main sihir hitam ke? kuasa jahat ni!. Aman tak suke atok ni Ibu!. Aku memandang wajah Ibu memohon pertolongan. Tolonglah Ibu, jauhkan Atok ni dari Aman. Aman tak suka dia. Dia ada bela hantu jahat!. "Mal, sapukan air ni keseluruh badan Aman. Setiap hari selama 3 hari" Atok menyerahkan air tadi kepada Ayah. Ayah hanya mengangguk. "Cukup ke ustaz?" Ayah memandang wajah ustaz lama. Ustaz hanya tersenyum. "Cukup, InsyaAllah. Kalau air ni da kurang sebelum 1 per 3, tambahkan dengan air yang bersih. InsyaAllah boleh" Ustaz menepuk bahu Ayah perlahan. Ayah mengangguk dan menyerahkan gayung tersebut kepada Ibu. Atok kembali memandangku dan tersenyum. Dia mengangkat kedua belah tangannya dan membaca sesuatu.  Dia meniup kepalaku perlahan 3 kali. Aku memandangnya pelik. Ape pulak Atok jahat ni buat... Aku rimas.  Selepas itu dia keluar bersama Ayah. 

No comments:

Post a Comment