Friday, 21 October 2011

Masa.

Aku melangkah masuk keperut rumah yang pernah aku tinggalkan dulu. Kaki ku terhenti kaku. Segalanya tampak sama. Sama seperti sewaktu aku melangkah keluar setahun yang lalu. Mataku terasa panas. Aku menarik nafas lega. Waktu seakan terhenti, aku terasa bahagia. Pengorbanan yang Ayah dan Ibu lakukan tak mungkin akan aku lupakan. 

Sebulan sudah berlalu, ibu masih lagi melayan aku seperti baru semalam kami berjumpa. Ada ketika, ibu tidak dapat menahan sebaknya dan membiarkan juraian air mata jatuh dipipi tuanya. Seminggu lagi, semester aku akan bermula. Kali ini, ibu lebih bersedia. Semua baju tersusun kemas dan bersih. Wajah nya tampak gembira. Mungkin kerana dia tahu,masa aku di Universiti semakin singkat. Aku akan kembali lagi nanti. Hati ku sedikit tenang. Melihatnya kembali tertawa dan gembira. Hati aku sekali lagi tersenyum. 

"Ibu, nanti tahun depan orang da duduk rumah tau.. sebab final semester orang kena pergi latihan praktikal di syarikat". Aku tersenyum melihat riak wajah nya yang bersinar. "Iye ke? Alhamdulillah.. Ya Allah.. terima kasih Ya Allah, Kau kembalikan anak aku kepada ku sekali lagi Ya Allah". Ujarnya gembira sambil menadah tangan. Badanku diurut gembira. Aku tertawa kecil. Wajah ayah ku kerling sedikit, dia memandangku sambil tersenyum dan mengangguk perlahan. Senyuman itu sungguh melegakan. Wajahku terus mengukir senyuman tanpa dipinta.

No comments:

Post a Comment