"Kau blah lah! Aku tak nak kawan dengan kau!" Sakit seluruh badan aku menjadi mangsa batu-batu yang berterbangan. Kenapa? Kenapa kau tak nak kawan ngan aku? aku tak de kawan lain dah. Aku diam membatu. Sebiji batu terkena kuat didahiku. Aku terjatuh di atas lopak air yang dipenuhi lalang dan berudu. Melihat mereka dari sudut ini, tidak henti bergelak ketawa mengejek aku yang jatuh tersungkur disini. Sangat menyenakkan perasaan. Aku terasa asing. Seperti seorang yang tidak diperlukan. Aku membaringkan diri. Suara hiruk pikuk mereka hilang. Langit biru bertemankan awan-awan Stratus aku tenung lama. Terasa seperti aku sedang terbang, ingin aku gapai dan berlari-lari di atas sana. Sekurang-kurangnya tiada yang membenci. Tiada yang menyakiti aku lagi. Aku membesarkan mataku gembira, teruja. Hinggakan terlupa luka didahi yang masih berdarah, sakit dibadan yang masih terasa. Aku memejamkan mataku. Terasa sangat sejuk!. Kenapa? Aku didalam awan kah? Geli rasa badanku.. Haha.. Awan sedang mengeletek badanku kah? Aku tersenyum lagi.
"Aman!! Ya Allah!! Tolong!! Tolong!!!" Suara ibu menyentak jantungku. Aku terkejut. "Aman, jangan bergerak. Diam. Jangan bergerak!" Suara Ayah yang kerisauan membuat kan aku lebih takut. Aku takut!. Ada sesuatu dikakiku, berat! Sejuk!. Lalang-lalang yang panjang menyulitkan aku untuk melihat sekeliling. Aku sedang terdampar didalam selut! "Ya Allah, Tolonglah abang, anak kita!" Suara ibu menangis teresak-esak jelas kedengaran. Aku masih berbaring disini. Aku memberanikan diri mengangkat kepalaku. "Ibu!!!" aku menjerit kuat. Aku sedang dalam ketakutan. Awan biru terbentang luas ini tidak mampu menenangkan jiwaku. Ibu.. Aman takut ibu.. Ada Ular!.. Aku menahan diri dari teresak-esak. Teringat pada pesan cikgu Idah. Kalau ade anjing, atau ular kita sebolehnya jangan cuba larikan diri secara tiba-tiba. Sebab anjing akan mengejar, dan ular akan segera mematuk sebab terasa diancam!. Aku menarik nafas dalam. Air mataku mengalir sederas air terjun. Air lopak sejuk itu aku rasakan panas!. Peluh dingin memercik didahi dan seluruh badanku!. Ayah.. Ibu... tolong Aman...
"Doktor, macammana dengan anak saya?" Ibu kelihatan cemas. Dia memandangku hiba, airmatanya terus mengalir. Ibu, maafkan Aman... Aman da berdosa pada Ibu. Aman buat Ibu menangis.. Ibu sedih. Aku masih ingat lagi kata-kata Cikgu Idah.. "Anak yang baik tidak boleh membuat Ibunya menangis. Sekiranya Ibu atau Ayah menangis, Kita akan berdosa. Kalau kita sayang pada Ibu dan Ayah.. Kita kene selalu mendengar kata Ibu dan Ayah. Kita kene pastikan mereka gembira. Kita kena doakan kesejahteraan mereka. Ok, Siapa sayang Ibu dan Ayah?" Semua kawan-kawan mengangkat tangan sambil menjerit 'Saya,Saya!" Aku diantaranya. "Ha, Jom kita sama-sama berdoa untuk Ibu dan Ayah semoga panjang umur dan disayangi oleh Allah.. semua tadah tangan ye.." Cikgu Idah tersenyum manis. Air mataku mengalir lagi. Ibu dan Ayah menangis... Aman bukan anak yang baik!.. Maafkan Aman Ibu..Ayah..
Setelah seminggu dihospital, aku kini dibenarkan pulang. Aku sangat gembira. Doktor kata aku sihat!. Tiada sebarang kecacatan atau sakit. Wajah ibu kelihatan tenang dan gembira. Aku juga gembira kerana Ibu dan Ayah kini sudah boleh tersenyum. Ibu memelukku erat. Ayah mengangkat tangan berdoa kepada Allah sebagai tanda syukurnya. Biar apa pun juga yang ayah doakan, aku akan senantiasa meng Ameen kan doa tersebut. Ameen, Ya Rabbal A'lamin. Harini aku akan pulang! Aku tersenyum sendiri.
Setelah seminggu dihospital, aku kini dibenarkan pulang. Aku sangat gembira. Doktor kata aku sihat!. Tiada sebarang kecacatan atau sakit. Wajah ibu kelihatan tenang dan gembira. Aku juga gembira kerana Ibu dan Ayah kini sudah boleh tersenyum. Ibu memelukku erat. Ayah mengangkat tangan berdoa kepada Allah sebagai tanda syukurnya. Biar apa pun juga yang ayah doakan, aku akan senantiasa meng Ameen kan doa tersebut. Ameen, Ya Rabbal A'lamin. Harini aku akan pulang! Aku tersenyum sendiri.
No comments:
Post a Comment