Satu bulan telah berlalu. Sofy masih lagi dalam kemurungan. Minggu depan cuti semester. Semua pelajar berpusu-pusu pulang ke kampung halaman. Tapi aku? Aku masih tidak berani pulang melawat ibu dan ayah. Sekiranya aku pulang, pastu Ibu dan Ayah paksa aku berhenti belajar dan bekerja di sana. Aku mengerutkan dahiku keras. Telefon aku capai dan pantas mendail nombor Farouk. "Hello, Farouk.. Mil ni.." Ganggang telefon ku letakkan dengan senyum diwajahku. Pintu dikuak perlahan, aku menoleh.
"Sofy! weih.. jom weih.. kite pergi bercuti kat Sabah!" Aku memandangnya teruja. Saat ini memang dialah orang yang sepatutnya keluar dan bercuti ke tempat lain. "Sabah? Dengan sape?" Aku tersengih dan mengangkat kening ku berulang kali. Sepanjang minggu senyuman gembira tidak lekang diwajahku. Tiket Promo AirAsia yang hanya berharga RM0.10sen telah dibeli. Apartment sponsored by Mdm Zues, lengkap dengan kereta!. Aku tersenyum lagi.
"Aku excited ni weih! first time nak terbang!" Aku memperbetulkan tempat dudukku berulang kali. Sofy tergelak melihat gelagat aku yang seperti beruk mak yeh. Aku hanya tersengih. Farouk hanya terpinga-pinga melihat Sofy yang tergelak sakan. Sofy menepuk bahu Farouk sambil menggeleng kepalanya dan tertawa melihat wajah Farouk. Nampaknya, percutian ini berjaya mengembalikan semula senyuman diwajah Sofy. Kami menuju ke LCCT. Perjalanan yang sangat jauh kami rasakan dekat. Bermacam-macam isu kami bincangkan. Dari A - Z, isu yang tidak berkenaan juga habis kami bincang. Sofy nampaknya sangat berminat dengan cerita-cerita politik Farouk. Aku yang tidak mengerti apa-apa pasal politik terleka dengan dendangan lagu-lagu dicorong radio teksi.
"Weih, selamat ke ni?" Sofy tergelak lagi. "Kau betul-betul tak pernah naik flight ke?" Sofy menepuk dahi aku perlahan. Aku memperbetulkan rambut aku yang tidak kusut dan mengeleng sambil mencebik mulut. Farouk dan Sofy tertawa kuat. "Habislah kamu, sekejap lagi kalau terhempas amacam?" Farouk membesarkan matanya yang besar. Aku memandangnya serious. "Cheese!" pantas sofy menangkap gambar aku yang aku pasti bakal menjadi gambar HANGAT diuniversiti. "Pasangkan tali pinggang encik" seorang pramugari tersenyum memandang aku. Aku membalas senyumannya sambil mencari-cari tali pinggang yang dimaksudkan. Sofy dan Farouk memerhatikan aku yang terkial-kial. Pramugari tadi masih berdiri disisiku menunggu. Peluh dingin aku rasakan bertitik didahiku. Perasaan segan dan malu mula bertapak dihati aku. Aku mengangkat wajah memandangnya. Dia tersenyum dan membongkok mendekati aku. Aroma badannya yang semerbak memenuhi rongga pernafasanku. Dia menolak tanganku lembut. memang lembut!. Oh! rupanya tali pinggang kereta dan kapal terbang lain!. Aku mengangguk perlahan. "Terima kasih". Aku tersenyum. Dia membalas dan berlalu menuju kebahagian hadapan. Sofy sekali lagi menangkap gambar aku yang cemas. "Hoi!!" aku cuba merampas camera ditangannya. Dia tergelak lagi. Gosh, how i miss this laugh. Aku tersenyum sendiri.
Apartment Mdm Zues sememangnya besar dan cantik. Esok, kami akan pergi ke Jesselton untuk aktiviti Snorkelling. Tak sabar rasenya!

No comments:
Post a Comment