Hari-hari berlalu dengan senyuman dibibir Ibu. Setiap hari ibu akan mengajar aku ABC. Walaupun aku sendiri tak pasti kenapa mesti Ibu ajar ABC semula. Aman dah darjah 3 Ibu. Bukan 3 tahun. Walaupun pelik, aku membiarkan saja ibu mengajarku ABC. Kerana Ibu nampak gembira begitu. Aku tersenyum. "Ibu.." Aku memanggil Ibu perlahan. Ibu memandangku dengan penuh perhatian. "Ye, Aman!" Ibu menjawab gembira. Aku mengangkat tanganku perlahan. Ibu Memandang ku sambil ternganga. "Ya Allah... Aman!" Air mata Ibu mengalir lagi. Dia menyambut tanganku dan memegangnya erat. Aku tersenyum. "Syukur Ya Allah.. Alhamdulillah" Ibu tidak henti-henti mengucapkan syukur. Kepulangan Ayah disambut gembira. Ayah berlari masuk kedalam bilikku. Ayah menghulurkan tangannya padaku. Aku melihat wajah ayah yang gembira. Perlahan aku menyambut tangan ayah. "SubhanaAllah.. Ya Allah.. Alhamdulillah" Ayah menangis kegembiraan didalam dakapan Ibu. Air mataku juga mengalir. Kini aku sedar, Ayah dan Ibu telah banyak menderita sebabku.
Kakiku kini semakin kuat, Ayah selalu membawaku berjalan disekitar rumah. Aku tersenyum melihat Ayah. Ayah dan Ibu nampak semakin gembira. Hari ini hari Ahad, buat sekian kalinya setelah agak lama Ayah tidak membawaku keluar. Akhirnya hari ini Ayah membawaku ke Pantai. Ibu sedang leka menyediakan juadah. Ayah membantu Ibu sambil berborak dan sesekali memandangku mesra. "Aman dah lapa?" Ayah memandangku sambil mengangkat bekas nasi goreng Ibu masak. "Belum lagi" Aku menjawab bersahaja sambil menelentangkan badanku memandang ke langit.
Awan itu lagi.. Stratus.. Aku memandangnya lama. Perasaan aku tidak sama lagi. Aku berpeluh dingin. Aku memaksa diri bangun dan duduk. Ayah dan Ibu memandangku pelik. Aku menarik nafas panjang. "Aman ok ke?" Ibu dan Ayah segera datang duduk disisiku. Aku memandang ke atas menunding jari kearah langit. Ayah dan Ibu merenung langit yang terbentang luas itu. Menanti kata-kata dari bibirku. "Awan tu, Aman benci" Aku mengerutkan dahi. Ayah memandangku lembut. "Aman, kenapa Aman nak benci Awan tu?" Aku memandang Ayah yang tersenyum melihat telatahku. "Awan tu yang buat Ibu dan Ayah menangis" Aku menjawab perlahan dan menundukkan kepalaku kebawah.
"Aman, awan tu tak buat Ibu dan Ayah menangis sayang.. Awan itu lah yang membuatkan Ibu dan Ayah gembira" Ibu memelukku erat. Aku masih terpinga. Saat itu.Ibu dan Ayah menangis kerana aku terlalu leka melihat awan ini. Terlalu leka didalam dunia fantasiku sehinggakan aku berada didalam keadaan yang sekarang. Aku mengeluh dan mengerutkan dahiku. "Aman, Segala yang Allah cipta adalah untuk disayangi. Bukan dibenci. Contohnya Awan, Allah menciptakan Awan untuk melindungi kita dari panas matahari. Awan mempunyai kitaran yang menyejat air naik dan membentuk kepulan-kepulan putih itu yang kita panggil Awan sebelum menurunkan hujan ke muka bumi ini. Dan Hujan? Kalau awan tidak menurunkan hujan. Bumi kita akan panas. Kalau bumi panas, Haiwan, tumbuhan dan juga kita Manusia akan jatuh sakit. Aman tahu ke? lagipun, Aman tak boleh lah nak main hujan lagi kalau tak ade Awan." Ayah menerangkan padaku yang masih lagi memandangnya dengan dahi yang berkerut. "Aman tak suka mandi hujan ke?" Ayah bertanya lagi. "Suke!" pantas aku menjawab. Aku memang suka mandi hujan. Walaupun Ibu kata hujan boleh bawa sakit. Ibu dan Ayah tergelak perlahan melihat telatahku. "Jadi, Awan ni baik lah ye Ayah?" Aku memandang ke atas. Ayah berbaring disebelahku dan meminjamkan lengannya sebagai bantal kepalaku. "Yup" Ayah menjawab ringkas. "Jadi, Aman nak sayang awan. Macam Aman sayang ayah!" Ayah memandangku pelik. "Ayah kan Awan Nano Aman!" Aku mencium pipi Ayah lama. Ayah dan Ibu tergelak lagi. "Eh, Ayah Ibu.. mane adik Aman?" Secara tiba-tiba aku teringat pada 'Adik' ku. Ayah dan Ibu terpinga-pinga. "Adik??" Ayah memandang aku hairan. "Ye lah, Adik. Aritu nampak Ibu bawa pampers Adik, Mane adik?" Aku memandangnya serius. Ayah memandang Ibu dan kembali tergelak kuat. Ibu hanya menggelengkan kepalanya berulang kali. "Ibu, lepas ni kita kena bagi Aman adik ok!" Ayah menyakat nakal. Aku masih terpinga. Tidak faham. Ayah masih ketawa. Ibu seperti malu-malu. Aku tersenyum. Senyuman ini.. Senyuman ini lah yang Aman rindu. Senyuman ini lah yang membahagiakan Aman. Ibu.. Ayah, Terima kasih! Aman sayang pada Ibu dan Ayah!. Aku memeluk badan ayah kuat. Ibu hanya melihat telatah ku dan tersenyum bahagia.
PS : Selamat Hari Ibu Dan Hari Bapa untuk Emak dan Ayah yang aku sayangi. Terima kasih Emak, Abah.. Terima kasih for everything. I love You always! - xoxo.

No comments:
Post a Comment