Monday, 12 September 2011

Dulu.

Kami pulang ke UiTM dengan seribu kenangan, Sofy kelihatan lebih tenang dan gembira. Dia kini telah mendapat matlamat yang baru. Merrilyn atau Merry.. Gadis yang baru dikenalinya seakan mengubat jiwanya yang parah. Aku merasa sedikit risau melihat perubahan Sofy yang begitu drastik kerana Merry. Memandangkan Merry seorang penganut Kristian, sooner or later pasti akan menimbulkan masalah kepada keduanya. Mungkinkah Merry akan bertukar agama nanti? Aku hanya berdiam. Tidak berani bersuara. 

Semester berlalu dengan begitu cepat, berpucuk-pucuk surat telah aku kirimkan kepada ibu. Masih tiada jawapan. Aku menjadi gundah. Seorang demi seorang pelajar meninggalkan perkarangan kampus. Cuti semester bermula lagi. Sofy mengajak aku tinggal bersamanya. Mdm. Zues juga menawarkan aku bekerja separuh masa dikedainya. Tapi aku?... Aku ingin pulang ke kampung. Melihat ibu.. Aku rindu pada ibu. 

Perhentian bas kelihatan sesak, sesak dengan orang dan  juga asap. Aku menjadi rimas menanti ketibaan bas ku yang akan bertolak tepat jam 12tengahmalam. 'Alor setar..Alor setar' seorang lelaki menjerit dan memanggil-manggil dari dalam bas. Aku menghampirinya dan menyerahkan tiket. Dia memandangku lama dan berkerut dahi. "Bang, ni Durian Burung bang. Bukan Transnasional. Dia menyerahkan tiket ku kembali. Baru aku sedar, terdapat banyak bas yang menuju ketempat yang sama. Aku tersengih kearahnya dan berlalu menuju ke kaunter Transnasional. "Abang, bila bas ke Alor Setar sampai?" Aku mengangkat keningku tinggi menunggu jawapan. "Sana tu dik, sana" die menunding jarinya kearah sebuah bas Transnasional Coach yang dipenuhi orang. Aku mengeluh lagi. 'Berangan lagi, nasib baik tak tertinggal bas' getus hatiku. Aku berlari anak dan mendaki tangga bas dengan pantas. 

Sejuk. Aku membuka mataku dan mengosok-gosok badanku laju. Bas masih lagi meluncur laju menuju ke destinasi. Semakin lama, semakin dekat aku dengan kampung halaman. Semakin jantungku berdebar. Ibu dan Ayah marahkah padaku? Perasaan gundah terus menguasai diri. Perlahan-lahan wajahnya terbayang dimataku. Its been a year. Wajahnya masih jelas dimataku. Saat ini, pada suatu ketika dahulu.. 

'Terminal Shahab Perdana' suara pemandu bas yang garau mengejutkan semua penumpang. Aku bingkas mengambil beg dan turun ke terminal. Lama sudah aku tidak menjejakkan kaki ke sini. Nafas aku tarik dalam.  Perlahan aku memulakan langkah. Selangkah demi selangkah .."Abang!" Aku dipeluk kuat. Pelukkan ini..... Air mataku menitis perlahan. Panas.

Tanpa aku sangka, ibu menanti aku pulang diperhentian bas setiap malam. Air mataku jatuh lagi. Ayah mengeluh berat. Maaf yang aku pinta bukan mudah untuk diberi. Penderitaan ibu, membuatkan Ayah lebih terluka. "Maafkan Abang Ibu...Ayah..." aku memeluk ibu kuat. Ibu mengangguk perlahan sambil mengusap badanku yang mengeletar teresak-esak.


No comments:

Post a Comment