"Awak pergi ikut Ah Cong pergi seremban kira stok kat sana" Mdm Zues mengeluarkan beberapa keping note 50 dan menghulurkan padaku. "Apa ni bos?" Aku mengangkat keningku tinggi. "Wang lah, wang poket kamu. Pergi sana perlu makan. Perlu wang. Kamu tidak mahu ka?" Dia memandangku hairan. "Eh, Bos, tak pe lah bos. saya ada wang" Aku menghulurkan wang itu semula "Haiya, kamu jangan banyak bunyi. Kamu ambil saja. Cepat sana pergi. Haiya" Mdm Zues berlalu meninggalkan aku sambil mengomel dalam bahasa Kantonis. "Amik saja, Bos bagi duit poket outstation ma. Amik, Amik" Farouk menarik wang dari tanganku dan memasukkan kedalam poket baju ku. "Kalau outstation dapat duit poket ke?" Aku bertanya meminta kepastian. Aku tidak mahu makan duit membabi buta tanpa sebarang kerja. Sama seperti makan gaji buta. Haram hukumnya. "Memang, kalau pergi outstation akan dapat duit elaun. so Dont worry, amik saja dan pergi.. dah, pergi" Farouk menolak badanku keluar dari kedai. Aku mengangguk mengiyakan dan memanjat anak tangga Lori yang sedang menanti ku ditepi jalan.
"Manyak lambat la lu olang melayu..Haiya" Ah Cong membebel sendiri. "Sorry Cong, tadi Mdm Zues nak jumpa saya sebab tu lambat" Aku meminta maaf padanya. "Itu aci mau apa sama kamu? Haiya.." Ah Cong kembali bercakap sendiri dalam bahasa Kantonis. "Tidaklah, dia bagi duit Elaun saja" Aku mengeluarkan wang dari poket aku dan aku tunjukkan pada Ah Cong. Tapi Ah Cong sedikit pun tidak memandang kearah wang itu. Matanya fokus dijalan raya. Aku mengira wang ditanganku. 200? banyaknya?? bisik hatiku gelisah. Biar betul ni? banyak nye elaun outstation?. Patutlah orang di KL senang kaya. Aku tersenyum sendiri. Lepas ni boleh lah hantar wang kepada Ibu. Aku tersenyum lagi. "Lu sudah gila ka? senyum sendili lagi, itu wang sikit da bikin lu milliionaire ka? Chi Sin! (gila)" Ah Cong tergelak sendiri. Aku hanya diam. "Bagi lu memang lah ini sikit Ah Cong, tapi bagi saya wang ini wang makan saya sebulan" Aku memandangnya marah. Tidak puas hati melihat reaksinya tadi. "Lu a, olang Melayu aa.. selalu pikir pendek punya. Selalu cepat itu apa.. itu berhati puas. Balu dapat wang sedikit a, lu gembira macam sudah kaya raya, lupa dili, enjoy sana sini. Sebab itu a, olang melayu susah mau naik lu tau ka?" Aku mengerutkan keningku keras. Tanda tidak bersetuju. "Kami orang melayu bukan cepat berpuas hati, kami orang Melayu bersyukur ma. Lu apa tahu" Aku menyerang balas. Ah Cong tergelak sendiri dan bercakap dalam bahasa cina lagi. Aku terdiam. Malas aku layan apek ni, getus hatiku geram.
Cuaca di Seremban sangat panas. Pertama kali aku menjejakkan kaki ku ke Seremban. Inilah Nilai 3? Ujarku sendiri. Besar dan ramai pengunjung. Ah Cong memakirkan Lorinya ditepi sebuah gudang. Aku turun dan mengekorinya. Dia berhenti. "Lu mau apa?" Dia memandangku keras. "Mau kira stok la" Aku merenungnya pelik. Ape plak apek ni, gila da ke? Aku berfikir sendiri. "Saya mahu pergi kencing, Lu mau ikut ka?" Dia membuka zip seluarnya. Aku tergumam. Aku memandang bangunan disekeliling. Tandas Awam. OH... Adoi.. camne aku boleh tak perasan ni.. Aku tersengih memandang Ah Cong. Dia berpaling dan mengumam lagi didalam bahasa Kantonis. Aku mengeluh berat. Geram melihat sikap Ah Cong yang aku kira sebagai bersifat perkauman. Tidak pernah lekang perkataan "orang melayu, Orang cina, Orang melayu" dari dialognya. Aku menggeleng kepala tanda tidak percaya dengan sikap apek tua itu.
"Sudah, mari cepat. Lu mau jalan kaki ka?" Ah Cong mengzip seluarnya dan naik kedalam Lori. Aku memanjat anak tangga dan menutup pintu Lori kuat. "Hoi, ini bukan ayah lu punya lori, lu jangan kuat-kuat hempas la" Aku mengangguk perlahan. Aku menarik nafas dalam menahan geram. Nilai 3 kelihatan sibuk dengan peniaga. Kalau lah Mil boleh bawa Ibu datang kesini. Pasti Ibu gembira!.Wajah ibu yang lembut terbayang dimataku. Ibu suka berjalan-jalan. Ibu pasti rambang mata melihat barang-barang di sini. Aku tergelak kecil mengingatkan telatah ibu ku yang suka membeli barang dan tawar menawar dipasar borong dulu. Ibu memang handal tawar menawar ni.
Seharian aku di stor mengira stok baju, beg dan barang-barang lain. Badanku terasa kejang dek kerana duduk yang lama. Semua mata yang sedari tadi memandangku dan bergelak ketawa aku biarkan saja. Ah Cong hilang entah kemana, tidur barangkali. Aku meregangkan otot-otot badanku yang keras. "Penat ke abang? nak Syila urutkan?" Suara salah seorang gadis disitu kedengaran lantang didalam gudang dan diiringi dengan gelak tawa gadis-gadis lain. Aku tidak memperdulikan usikan mereka dan kembali duduk untuk membuat pengiraan terakhir. "Eleh, sombong.. Budget kacak je tu" suara itu kedengaran lagi. Semua gadis-gadis lain mencebik seakan mengejek. Aku bingkas bangun dan memandang mereka lama. Aku tersenyum. Semua gadis-gadis disitu tersipu malu dan berbisik-bisik sesama sendiri. "Wah, handsomenya dia senyum..cair aku weih.." Telingaku menangkap perbualan mereka dan tersenyum sendiri. Handsome ke aku? Aku tergelak sendiri.

"Jalan-jalan" penjaga stor mengarahkan Ah Cong keluar dari gudang. Aku terduduk lesu. Penat. Semua pekerja-pekerja wanita tadi bersusun ditepi pintu seakan menghantar ku pulang. Mereka melambai gembira. "Jangan lupa datang lagi!" Jerit mereka kepadaku. Aku hanya tersenyum melihat telatah mereka. Aku mengeluarkan secebis nota dari poket ku. Cuba mengingati wajah gadis berlesung pipit itu. "Alia" Nombor telefon nya aku tatap lama. Aku tiada telefon bimbit, nak telefon menggunakan telefon awam. Segan lah. Aku menyimpan semula cebisan kertas itu kedalam poket. Aku merenung keluar tingkap, tenang. Perlahan pandanganku menjadi kabur, dan mataku tertutup rapat.
No comments:
Post a Comment