"Fuh, sekejap je kan kita da nak tamat belajar... " Sofy menjerit gembira. Aku mengangguk tanda setuju. "Kau praktikal kat mana?" Sofy menghempaskan badannya kekatilku gembira. "Tak sure lagi.. aku masih carik ni.." Aku mengangkat bahuku sedikit tanda tidak tahu. "Nak kerja kat company papa aku?" Sofy memandangku penuh harapan. Sofy akan menjalani latihan praktiknya di syarikat papanya. Pastinya sangat mudah. Aku tergelak kecil. "Come on! papa like you very much. Plus, you will get full allowance!" Aku memandang wajahnya penuh minat. "Allowance? how much?" Aku bertanya lagi. "I think, if i ask papa he can give minimum RM1300 to YOU!" dia menumbuk bahuku sedikit. Aku tersenyum memikirkan allowance yang mungkin aku dapat bekerja di syarikat papa Sofy. Tapi, aku da berjanji dengan ibu... Aku mengerut dahiku sedikit. "Jadi tak?" Sofy merenung wajahku lama. "Ibu aku..?" Sofy membungkamkan wajahnya sedikit. Kami berdua mengeluh lagi. Berfikir.
Keluhan ibu kedengaran berat. "Tidak mengapalah, sana peluang lagi banyak. Untuk masa depan cerah". Kata-kata ibu aku dengar teliti. Sekali lagi ibu mengeluh. Dada aku seakan sesak. Aku menarik nafas dalam. Betul ke ape yang aku buat ni? aku sendiri tak pasti. Aku da berjanji dengan ibu akan menjalankan latihan praktikal di kampung. Dia begitu gembira.

No comments:
Post a Comment