"Weh, cepat weih. Turun. Kita ade taklimat. Lepastu aktiviti dengan Fasi lagi" Gegendang telingaku digegar dengan suara lantang Sofy dari ruangan biliknya. Aku memaksa badanku bergerak dan mengeliat malas. "Bro, gerak" Tekejut aku melihat Sofy yang menyerbu bilikku secara tiba-tiba. Aku mengangguk perlahan. Helmet aku capai dan berjalan mengiringi nya menuruni tangga. "Mesti ade awek cun-cun ni bro, wah.. aku tak sabar ni!" Sofy menjerit kegembiraan. Awek? Nombor awek di Nilai masih aku simpan didalam wallet. Tak berani nak mengatur langkah pertama. Wajahnya yang manis berlesung pipit sesekali terbayang dimataku. Walaupun dia tak seputih dan tinggi persis model. Namun, bak kata orang. hitam manis itu tidak jemu dipandang. Aku tersenyum sendiri.
Taklimat petang itu agak membosankan. Mesej Farouk ku terima gembira. Mdm Zues membenarkan aku bekerja separuh masa ditempatnya pada hujung minggu. Walaupun gaji yang bakal aku terima tidak akan sebesar sekarang ianya cukup membantu. Aku sangat berterima kasih pada Farouk yang telah banyak membantuku. "Yang baju pink tu. ok tak?" Sofy menyentuh tanganku dengan sikunya. Aku mengerling kearah bertentangan. Seorang gadis bertubuh kecil, berkulit putih gebu, dan pandai berdandan. Nampak seperti anak orang berada. iPhone ditangannya aku kerling sekilas. "Ok je" aku menjawab kepada Sofy. Nampaknya dia da jumpa gadis yang akan menjadi temannya nanti. Taklimat berakhir pada jam 4petang. Seorang lelaki berkot hitam berjalan menuju ke arah rostrum. "Dorang ni staff ke?" Aku bertanya pada Sofy. "Staf apenye, ni lah Fasilitator kita nanti, habislah kene ragging nanti ni." Sofy menjeling kearah lelaki tersebut. Rupanya ini lah senior. Aku meneliti setiap wajah senior yang berhimpun disekeliling ku.
"Minta perhatian semua, sesi orientasi kita akan bermula pada esok pagi jam 5pagi, so do not be late ok. Thank you". Peringatan yang sangat ringkas dan mendebarkan. Untuk pertama kalinya aku akan berada didalam kumpulan orientasi. Semua pelajar bangun dan segera meninggalkan ruangan dewan menuju ke Hostel. Sofy secara tiba-tiba hilang dari pandangan. Mataku melilau mencarinya diantara pelajar lain. Jantungku berdebar. Sedari tadi Sofy yang membawaku ke Hostel dan ke Dewan taklimat. Oleh itu, aku langsung tidak mengambil perhatian tentang lokasi aku berada. Aku berjalan laju menuju ke Motosikal. Mataku terpaku pada Sofy yang sedang berborak dan mengelus mesra rambut gadis tadi. Sebegitu mudahkah seorang gadis mendekati seorang lelaki?. Aku mengerutkan dahiku lagi tanda kurang senang. Aku mendekati Sofy perlahan.
"Atilah, this is Hazmil. My buddy" Sofy memperkenalkan aku pada gadis itu. "Hye, Call me Aty" Dia tersenyum manis. Memang manis orangnya. Tapi, cara pemakaiannya terlalu terdedah. Aku mengalihkan pandangan mataku dari memandangnya dengan lebih lama. Seluar Jeans ketat dipadankan dengan baju sleeveless berwarna merah itu terlalu menjolok mata. Ditangannya tergantung sehelai baju sejuk berwarna hitam. Baju sejuk..? Insiden didalam bas kembali berlegar dikepalaku. Kesian. Aku pun terlalu kasar masa itu. Aku tahu dia tak sengaja. Tapi, nak buat macamana. Benda da berlalu. Aku mengeleng sendiri. "Ok, see you tomorrow Aty" Sofy melambai tangannya mesra. "Yeeeha! aku dapat dah.. Shes mine bro.. Shes mine!" Sofy tertawa girang. Aku tergelak kecil melihat gelagatnya yang gelojoh itu. "Take it slow bro, cool sikit" Aku mengingatkan dia. Dia tergelak lagi dan bersiulan kecil, gembira sungguh dia. Enjin motor dihidupkan dan motornya memecut laju membelah jalanraya yang sunyi menuju ke perkarangan asrama.
No comments:
Post a Comment