Ibu memandikan aku dengan berhati-hati. Air didalam gayung pemberian Atok digunakan dengan cermat. Disapu keseluruh badanku menggunakan kain. Sambil membaca selawat. Sama seperti yang diajar oleh Cikgu Idah dulu. Lamanya Aman tidak kesekolah. Aman nak kesekolah Ibu. Aku memandang ibu dari bawah. Ibu masih lagi khusyuk membaca selawat berkali-kali tanpa putus.
Habis mandi ibu meletakkan aku di atas katil. dan seperti biasa bedak Johnson and Johnson disapu keseluruh badanku. Kini, bau bedak itu bukan lagi satu masalah bagiku. Ibu mengurut-gurut badanku perlahan sambil meneruskan selawatnya. Lama aku mendengar selawat itu. Sedikit demi sedikit aku berjaya mengikut ibu. Ayah pulang lebih awal dari selalu. Jarum jam menunjukkan tepat jam 2. Ayah memandang ibu dan duduk disebelahku. Ayah juga membantu Ibu mengurut badanku sambil berselawat. Ayah dikananku, Ibu dikiriku. Kedua-dua insan yang paling aku sayangi berada disisi. Aku tersenyum. Walaupun aku tidak dapat bergerak. dan Ibu dan Ayah selalu tidak memperdulikan apa yang aku kata. Tapi kini, aku tahu. Kasih Ibu dan Ayah tidak berbelah bahagi buatku. Terima kasih Ibu.. Ayah.. Aman sayangkan Ibu dan Ayah.
Hari kedua, selepas hampir sejam Ibu dan Ayah mengurut badanku berselikan selawat yang tidak putus-putus. Aku merasakan sedikit perubahan pada diriku. Badanku terasa lembut. Tidak lagi keras seperti selalu. Ibu memandikan aku seperti semalam, penuh cermat dan mengelap badanku perlahan. Selawat masih lagi tidak lekang dibibirnya. Aku juga.. Aku hampir dapat mengucapkan selawat dengan betul. Aku gembira. Akhirnya ada benda baru yang aku pelajari walaupun bukan disekolah. Badanku diurut lagi. Kali ni urutan ibu dapat aku rasakan. Sedikit sakit.
Hari ketiga, tubuhku terasa ringan dan lembut. Aku memandang ibu lama. Ibu memandikan aku lagi. Kali ni lebih lama dari semalam. Mungkin kerana Ibu ingin menggunakan kesemua air yang Atok berikan. Aku lihat Ibu lebih bersemangat mengucapkan selawat. Aku tersenyum. Urutan ibu kali ini lebih cermat dan kemas. Aku rasa selesa. Ibu melihatku lama. "Aman, Cepat sembuh ye sayang.. Ibu rindu nak dengar suara Aman". Air mata ibu jatuh kepipiku. Dahiku dikucup lembut. Ibu menangis lagi. "Ibu, Aman tak sakit Ibu.. Aman OK!"
"Macammana?" Ayah memandang Ibu dan menoleh padaku. Ibu mengeleng perlahan. Ayah mengeluh dan berlalu masuk kedalam bilik nya. Ayah marah ke? Ayah marah Aman ke ibu??. Aku melihat wajah ayah yang kecewa dan penat. Aku rasa bersalah. Aku ingin memanggil ayah. Aku ingin memeluk ayah. Aku nak beritahu ayah yang aku sihat!. Ayah tak perlu risau. Aman sihat Ayah! Ayah!! "Ayah!" Ayah berpaling padaku. -Matanya besar. Ibu berlari masuk kedalam bilik ku secara tiba-tiba. Mata ibu juga besar dan bersinar. Ibu memandangku lama. "Pah.." Ayah memegang bahu Ibu kuat. Ibu berlari mendekati aku. "Aman, panggil A..yah.." Ibu seperti mengajarku bercakap. Ibu, Aman dah tau bercakap lah. Aman bukan Baby lagi. Aku memandang Ibu pelik. "Hello Ustaz!" Aku lihat Ayah menelefon ustaz. Ustaz tu.. Atok ke?.. Ayah kelihatan gembira. Berulang kali dia mengucapkan terima kasih pada Atok. Sekali lagi aku lihat ayah menadah tangan memohon keredhaan-Nya dan mengucapkan syukur pada-Nya. Ibu menangis disisiku. Tapi kali ini, tangisan ibu bukan lah tangisan sedih. Tapi tangisan kegembiraan.
No comments:
Post a Comment