Hati aku jadi tidak keruan selepas mendapat tahu Nizam koma. Perlukah aku bertanya pada Nida Hospital mana? Patutkah aku beritahu pada Ayah dan Ibu mengenai Nizam? Kenapa Nizam koma? Accident? Tak mungkin, kalau betul accident pasti pihak Universiti telah mengwarwarkan hal tersebut. Atau mungkinkah dia terlibat dalam pergaduhan?. Melihatkan sikapnya yang tak semenggah itu, aku percaya sangat kalau dia terlibat dalam pergaduhan!. Aku mendengus sendiri. Kuat. Peduli lah, aku bukan nya kisah pasal dia. Dia pun tak pernah nak layan aku dengan baik, jadi kenapa aku perlu ambil tahu pasal dia?. Lantaklah.. Baik aku tidur. Aku memusingkan badan dan menarik nafas dalam.
Its been 2 hours, aku hanya berpusing pusing diatas katil. Mata ni tidak membenarkan aku tidur. Mata aku masih terbuka segar. dan ingatan aku masih lagi berfikir ligat mengenangkan hal dia. Kenapa lah aku nak sibuk sangat ni? After what he had done to me, how he treat me before. Why should i care? I dont wanna care and i dont have to!. Aku mendengus sendiri. Marah pada diriku sendiri mungkin. Aku tidak mampu menidakkan perasaan cemas aku apabila mendapat tahu mengenai dia yang sedang koma. Hati aku memberontak ingin bertanya pada Nida. Tapi, layakkah aku bertanya? mahukah Nida menjawab pertanyaan aku nanti? .. Aku bingkas bangun dan mencapai tuala mandi, i need to calm down!.
Tanpa disuruh, aku bingkas bangun dan menanti Nida dari dalam kereta. Kalau aku tak dapat bertanya pada dia, at least aku boleh mengekori dia!. Aku bermonolog sendiri. Sedikit lega. Mungkin kerana aku akhirnya mendapat idea bagaimana untuk mengetahui mengenai Nizam. At least, which hospital Nizam admitted. Nida berjalan pantas menuruni anak-anak tangga dan berlari-lari anak menuju ke tempat menunggu bas. Aku melihatnya dari jauh. Kalau lah semalam kita tak bergaduh, mungkin harini kita bersama-sama pergi ke Hospital melihat Nizam. Aku mengeluh sendiri, kesal dengan sikap aku yang membuta tuli memarahi Nida, kawan baikku sendiri. Aku memejamkan mataku lama. Menahan airmataku jatuh barangkali. Aku mengeluh lagi sambil mataku tercari-cari.. Nida mana? dah naik bas ke? Mataku melilau mencari kelibat gadis genit itu.
Shit!.. Shes gone!.. Urgh! aku menghentak stereng kereta ku kuat. Geram!.
Telefon diatas pehaku bergegar, aku memandang lemah. "Niddy?" Aku bernafas kencang. Nida SMS?... tanpa membuang masa aku membuka SMS yang baru diterima. "U dont have to be a stalker, Hes in Tengku Ampuan Rahimah" SMS yang ringkas. Gosh, she knew i was watching her!.. Aku malu sendiri. Terasa bodoh. Aku menarik nafas lega. At least, aku tahu Nida masih sudi bercakap well, SMS aku. Message aku biarkan tidak berbalas. Gear dimasukkan dan.. Gegaran telefon ku menganggu konsentrasi ku. Fiz call?..
"Morning sayang" suara Fiz kedengaran mesra. Hati aku lega. Terasa damai mendengar suara itu. "Hye Fiz, Moning" Aku menjawab bersahaja. "I have a surprise for you" Fiz kedengaran riang. "What is it?" Aku memang suka surprise. and He knew it! "Im at your village now" Jantung aku berdegup kuat. Kampung? buat ape pulak dia kat sana? "Why?" Aku memberhentikan keretaku dan menekan Hazard lamp. Well, this is a case of emergency too! for me. "I datang bersama rombongan". Rombongan?? kata-kata yang agak susah nak aku compute masuk dalam otak ketika ini. Rombongan ape?.... "We gonna be together sayang! Just wait and see ok!.. i got to go, wait for the Call, Love you sayang. muach!" Talian terputus... Together? Rombongan? The Call? Whos Call?? Ayah? Nama ayah tertera diskrin telefon ku.
Dengan hati yang berdebar. Aku teruskan juga langkah kaki ku masuk keperkarangan hospital. "Excuse me cik, boleh saya tahu bilik En. Nizam?" Aku memandang wajah jururawat bertugas yang sedang membelek dokumen. "Nizam? Nama penuh ada cik?" Tersentak mendengar pertanyaan jururawat tersebut. Baru aku sedar.. betapa sedikitnya aku tahu mengenai lelaki itu. Aku terdiam. dan menggeleng perlahan. "Ramai pesakit bernama Nizam cik.. Kalau tak tahu nama penuh, susah saya nak bantu" Jururawat memandangku pelik. "Dia koma, dah sebulan koma, tapi saya tak tahu nama penuh dia, boleh cik tolong semak?" Aku memandang jururawat itu dengan penuh harapan. Semoga dia dapat membantu. Hati aku cemas.. aku rasa serba salah.. Perlukan aku menghubungi Nida?.. tidak.. aku tak mahu nampak bodoh lagi. Ape aku nak tanya nanti? takkan aku nak bagitahu dia yang aku tak tahu nama penuh sepupu aku sendiri?? That is ridiculous!.
"Sorry cik, dalam rekod kami tiada pesakit koma yang bernama Nizam" What?. Tiada?.. Aku menarik nafas dalam, kepala aku terasa berat. Keliru. Nida mempermainkan aku ke?. Pantas aku menghubungi Ayah. Tiada jawapan. Mungkin terlalu sibuk melayan tetamu. Melayan keluarga Fiz.. Kepala aku terasa berat. This is too much to bear! Kenapa lah time ni pulak si Fiz ni nak hantar rombongan meminang?.. I dont have time to think bout marriage. Gosh.. "Cik, takkan tak ade? Dia pelajar UiTM, koma sejak sebulan yang lalu! saya pasti dia ada disini! tolonglah cik" aku merayu, air mataku berlinangan dan akhirnya mengalir perlahan. Im crying!..
"Cik, memang takde.. maaf cik saya betul-betul minta maaf sebab tak dapat membantu" Tangan jururawat tu memegang tanganku lembut. Hati aku pedih. Fikiran aku berkecamuk. Why? Why i never ask his full name? Why? I dont know anything about this guy! I seriously dont know anything!... Selama ni aku rasa, aku da biasa dengan dia. Aku kenal perangai dia. Tapi rupanya.. i know nothing.. even his name.. i dont know his full name!.. aku menjerit didalam hati. Rasa terbeban dan rasa sakit ini lebih dari sebelum ini.
"Mahanif" pesakit nama Mahanif. Suara itu.. Mungkinkah? "Oh, Mahanif? Kalau Mahanif adalah." Jururawat itu melihat aku dengan senyuman. "Tak ape, saya bawa dia" Nida memegang bahuku lembut. Aku memandang wajah Nida dengan penuh rasa bersalah dan kesal. Aku tertunduk. Mahanif?... Siapa Mahanif? Nizam ke? Kalau Mananif itu Nizam, Siapa Nizam?.. Fikiranku berkecamuk. Aku hanya mengekori Nida dari belakang, bersama seribu satu soalan berlegar difikiran. Pintu dikuak perlahan. Sekujur tubuh terbaring kaku. Air mataku menitis, deras. Nida memandang sayu. Matanya yang sembab menunjukkan bahawa dia juga sedang bersedih!. Selama ini, aku kata aku tak pedulikan dia. Aku benci dan tidak menerima keberadaan dia. Mungkin dengan bercakap kasar seperti itu aku dapat menipu semua orang, tapi hakikatnya.. Aku tidak dapat membohongi diri aku sendiri. Aku telah lama menerima dia. Aku sayang pada dia!..