Barang-barang aku hempas kuat, rasa marah aku masih bersarang dihati. Jantan tak guna betul la! aku benci.. rasa nak menjerit! rasa nak marah.. nak pukul dia! Aku menghempas badanku kuat ke atas katil.. Rasa marah dan benci aku menguap-guap.. Aku menarik nafas dalam.. Cuba mencari ketenangan. Kenapa aku perlu peningkan diri marah kat dia? Kenapa aku nak kesah? He is absolutely nothing but troublesome blackhead to me!.. I dont care bout him, and I dont have to feel angry over him! .. Aku menarik nafas panjang. dan menghembuskan nafas perlahan.. Sama macam dalam Yoga tu? Tapi ni aku belajar Pilates. hehe.. Cara menenangkan diri dan mengawal pernafasan dalaman. Berjaya.. Kruk..Kruk... Aku memegang perutku kuat.. Aduh.. sakit.. lapa.. aku lupa aku memang dalam kelaparan. Aku berjalan perlahan menuju ke Refrigerator dan mengeluarkan air kotak susu. Janganlah gastrik lagi.. sakit.. aku tak sanggup..! Aku meneguk perlahan .. Lega.. Peluh dingin didahi aku lap lemah..
"Thesis amacam? da start buat?" Nida tersengih sambil mengelipkan matanya yang kecil. Sungguh seperti Mashimaro! Aku tergelak kecil. Aku sudah disemester akhir.. Sebagai seorang yang mengikuti kursus IT-Management, aku perlu selalu advance didalam semua hal. Memang aku selalu advance dalam hal-hal lain, tapi.. satu hal yang aku terpaksa mengaku yang aku ni outdated.. iaitu RELATIONSHIP!.. urgh.. i am soooooo naive!.. Last ex boy aku, end up couple with my class enemy a.k.a my rival during the semester. Gosh, aku mungkin berjaya kalahkan dia dalam kelas tapi diluar.. nampaknya aku dikalahkan tanpa bertanding!... so, that was 2 years ago.. kini aku da semakin matang.. aku tidak mudah diperbodohkan! "oi.. da buat ke belum?" Nida memuncungkan mulutnya panjang. Aku ni memang suke berangan-angan, sampai terlupa plak kehadiran Nida tika ini. haha.. aku tergelak sendiri.. "Da start, wat research sikit, literature sikit, and determine problem, kau?"Aku menolak bahunya perlahan.. "Aku satu.satu pon tak siap!" die mencebik bibir. Aku tergelak lagi.. "ape lagi.. pegilah buat" Aku menyusun buku-buku rujukan di atas meja.
"Nantilah.. hehe.. erm.. ko da ok?" Aik, soalan ape dia bagi ni? aku bertanya sendiri. "ok? bila plak aku KO?" aku berseloroh. "ala... macam tak tahu plak, kan sepupu kau da duduk ngan kau.. ala.. sepupu kau yang hensem tu!" Nida berpusing dan baring memeluk bantal berbentuk love di atas katilku.. sungguh gedik kawan aku ni.. "Ha? hensem? maksud kau sepupu aku yang membencikan dan tak de otak tu ke?" aku merampas bantal tu dari pelukkannya.Dia bingkas bangun. "Kenapa? Ape pulak die buat kalini?" Mata Nida bersinar-sinar. Aku tahu Nida memang syok kat Nizam. Tapi tu lah, die syok tu Nizam.. ala NIzam... Nizam lah.. bukan orang lain!.. Confirm lah syok sendiri kalau da dengan oorang yang bernama Nizam. hahaha.. Aku mengeluh panjang dan duduk sebelah Nida.. Ape lagi... da dua orang awek, diatas katil berbantalkan Love, confirm lah.. Bergosip! hahaha.. Habis semua aku cte kat dia.. Dia tenganga je.. Seakan tidak percaya..
"Gile jahat ko nye sepupu ni weih?" Nida mengherotkan bibirnya seakan tidak percaya. "Kau tak tau, kalau kau tahu ko pon tak kate die hensem lagi" Aku tegelak kecil.. Agaknya lelaki tu.. siapa ye.. aku teringat kat mamat yang berwajah lembut distation bas semalam. Hum.. tak sempat nak ucap terima kasih gara-gara si Nizam. "Eh, kau tak pergi ke tengok pameran galeri kat Fakulti Seni Design? Aku dengar semua orang participate tau.. mane tahu, ade pulak Nizam nye art work.. aku teringin nak tengok!" Nida memaut lenganku manja. Baru aku sedar, sejak dari dulu lagi.. tak penah aku nampak Nizam nya hasil kerja. He surely a mysterious and secretive man!. "Ok.." Aku mengangguk perlahan. Teringin jugak nak tengok.. Petang tu kami bersiap dan menunggu Shuttle bus ke Fakulti Seni Reka. Secara tiba-tiba rasa nervous.
Gambar-gambar yang terhias disepanjang dinding fakulti itu menarik minat aku, seni adalah sesuatu yang susah dirungkai dan diungkap. Aku seakan terpaku melihat kesemua hasil karya itu. Macamana boleh seseorang mempunyai bakat seperti ini? sangat teruja.. "Weh! mane Nizam punya! " Nida membungkam geram. Mataku tertarik pada potret itu, Aku rasa hati aku gundah, dan kelam secara tiba-tiba... Aku memandang sayu.. MHF?... initial siapa? Aku berfikir sendiri. Nampaknya hasil kerja Nizam tak ada disini. Aku mengeluh lagi. Of course lah, si kera sumbang kan. Mana nak participate benda-benda camni.
"Hye.." Bahu aku dicuit perlahan. Aku berpaling. Mataku membesar, wajah ini.. Dia tersenyum... senyuman yang sama.. "Mahafiz" dia tersenyum manis. Aku tersedar. "oh..Hye... Wani.. Hawani" Aku tersenyum girang. "Kelam.." dia bersuara memandang lukisan didinding. Aku kembali menatap potret itu.. Aku mengangguk perlahan. "Awak lukis ke?" Dia bertanya lagi.. "eh, bukanlah.. saya budak IT" Aku menjawab spontan. "eh, Kita sama program ke?" dia memalingkan wajahnya melihat aku. "Really? what a small world" Aku mengangkat bahu sedikit. Tak pernah pulak aku perasan dia sebelum ni.. "Which year?" Dia memandang aku lama. "Final year, You?" Aku mengangkat kening. Da banyak rahsia aku dia tahu ni. tak boleh jadi.. i need to know a bit bout him too. "Same, but Im a Senior.. I extend my semester" Dia tersenyum malu. No wonder lah.. "Last term my dad passed away.. so, i postponed my semester as i had a family issue" Dia bercerita tanpa ditanya. Aku hanya mendengar. "Oh, sorry to hear that" Aku cuba menunjukkan sifat empathy. Dia tergelak kecil. Aku pelik. "Dont worry, i dont really know that i have a father btw". Aku terkesima..
Hum... Kesian jugak aku bila fikir balik. Selama ni Hafiz hidup tanpa mengenali siapa ayah dia. Suddenly after 23years, dia dapat berita ayah dia meninggal?... Luckily la Hafiz hidup dengan baik.. Tak macam Nizam... hum... Aku memandang jauh kesyiling, perasaan tadi tu.. hum...
No comments:
Post a Comment