Saturday, 11 June 2011

Nizam.

Aku mengusap manja si Tompok, bagiku hanya dia yang senantiasa disisi ku walau apa pun yang berlaku. Tompok, tompok takkan tinggalkan Wani kan? Tompok akan selalu disisi Wani, dalam susah.. dalam senang, kan? Aku berbisik sendiri sambil melihat wajah tompok yang kesedapan dibelai. Cemburu sungguh aku pada kau Tompok! kemana saja kau pergi, ada yang menerima dan membelai kau dengan penuh kasih sayang. Aku memeluk Tompok mesra, lembut.. 


"Buang aje kucing tu, sesak dengan Bulu!" suara garau Nizam mengejutkan aku. "Sibuk lah kau ni Nizam, tak boleh! ini kucing aku..Dont U dare.." aku menjeling nya tajam, aku tahu die maksudkan apa yang dia cakap. Nizam adalah sepupu aku, die tinggal serumah dengan aku. Sebenarnya, secara terus terang, aku tak berapa nak suka dengan perangai dia. Kasar, dan selalu mementingkan diri sendiri. Seingat aku, sejak 5bulan yang lalu die tak pernah sekali pun bercakap baik dengan aku. At first, aku try jugak lah buat baik dengan dia. after a month, setelah semua caci maki aku dapat dari dia.. Aku bertekad untuk tidak memperdulikan dia dan hidup dengan bahagia seperti waktu sebelum die datang!. 

"Perempuan, kau ni kalau tak menganggu dan menyemak depan mata aku tak boleh ke?" Suara Nizam kasar menengking aku yang berlari mengejar Tompok kedalam biliknya. Matanya Tajam dan merah menahan marah. Terkedu aku.. Pantas die menarik lengan aku kasar dan menolak kuat aku keluar dari biliknya. Tompok terus melarikan diri takut barangkali.  That was the last time, aku bersikap baik dengan lelaki yang bernama Nizam. Aku bukan nak sangat pun masuk bilik dia, dah tu.. si Tompok masuk. Aku nak amik dia je! huh.. sungguh membencikan!

"Hoi! kucing kau tu!" pang... habis semua kuih dihadapanku jatuh. Tompok menjilat-jilat kuih yang bersepah di atas lantai. "Ape yang kau fikir ni? kucing dalam tangan pon tak boleh nak jaga! Fikir jantanlah tu" Sindirnya pedas. Aku menjeling marah. "Aku berfikir sebab aku ade otak, lain macam kau, tak penah berfikir.." tak sempat aku menghabiskan ayat aku tersebut.  Dia menghempas cawan ditangannya kuat. Aku terkedu lagi.. Tak berani melihat wajahnya dan terus berpura-pura mengutip semua biskut yang sebenarnya telah habis aku kutip. Dia bingkas bangun dan menendang pinggan yang aku jadikan alas biskut tadi. Aku tahu die sengaja, die sengaja susahkan aku!.. "Buta ke ape" aku mengetus perlahan.  Sempat aku mengerling kearahnya yang berjalan laju menaiki tangga naik kebiliknya. Huh.. dasar Kera Sumbang!.  

"Bye Ibu.. Bye Ayah.." Aku melambai tanganku sebelum turun ke Flatform Bas Transnasional bersama dengan dia.  Aku mengangkat beg aku dengan susah payah. Dan dia, yang hanya membawa backpack sedikit pun tidak menoleh kebelakang. Apetah lagi membantu!.. Sememangnya dia tidak pernah gagal membuatkan diri dibenci orang!. "sorry.." ujar aku berkali-kali.  Aku tak sempat nak kira berapa kali aku dah langgar orang dek sebabkan beg aku ni. Almaklumlah, perempuan.. semua barang nak bawak.. tak macam orang lelaki. sehelai sepinggang pun boleh hidup! .. Ini memang dah terbukti dalam kajian, Wanita memerlukan 10 helai undies dalam seminggu berbanding dengan lelaki yang hanya menggunakan 3helai.. and aku, tak nak tahu macammana lelaki boleh guna 3 sahaja dalam seminggu.. Aku mendengus lagi.. Berpeluh-peluh dan lenguh tangan aku.  Dia masih disitu, mendengar iPod sambil memejamkan mata.  Aku menarik nafas lagi, bersedia untuk mengangkat beg aku kearahnya. "oh! sorry.." entah macamana aku boleh plak tersungkur kat sini.. Aku mengangkat wajahku yang aku pasti pucat lesi!. 

"Awak Ok ke?" Lembut wajahnya memandangku. Aku masih berpaut pada lengannya yang boleh aku katakan agak sasa dan selesa.. Aku tersengih malu. "sorry, beg ni berat sangat.. sorry ye" aku menundukkan kepalaku berulang kali memohon maaf. "Its ok, takpe.." die tersenyum mesra. Mata aku memang sangat lah sengal, tak dapat nak melarikan pandangan dari terus melihat wajahnya yang lembut dan penuh kasih sayang itu. "Nak saya tolong?" dia bertanya sopan sambil mengerling kearah beg aku yang masih terdampar ditengah jalan. Belum sempat aku berkata apa-apa, die terus membantu dan mengangkat beg aku dan diletakkan ketepi. "Berat ni.. bawak ape?" die tergelak kecil. "oh, biasalah. balik kampung, mak bagi macam-macam" aku menepuk-nepuk beg perlahan. "oh..jadi ni nak pergi mana?" memandang aku yang masih sibuk menepuk beg. "Nak balik kolej" aku tersenyum manis. "Kolej katne?" die memandang aku dengan rasa ingin tahu. "Saya belajar UiTM kat Shah Alam, Ni semester break" Aku ni terlalu jujurkah? Aku tahu aku tak sepatutny sewenang-wenang bagi detail kat orang asing.. Matanya bersinar memandangku "oh.. jadi.." "Kau ni tak de keje lain ke? bas da nak jalan! cepat!" Tak sempat lelaki itu berkata-kata, suara Nizam menganggu perbualan kami.  Nizam menarik lengan aku kasar. Sakit!. Dia memandang wajah lelaki itu lama, pantas dia mengangkat beg aku dengan hanya menggunakan tangan kirinya. Dicampakkan kasar beg aku kedalam Bonet Bas dan menarik aku kasar agar mengikutinya. Tak sempat aku nak ucapkan terima kasih pada lelaki tadi.  Dia hanya melihat aku yang terpinga-pinga dengan pandangan penuh tanda tanya.   Lengan aku masih sakit, tapi tak sesakit hati aku yang panas dengan tingkah kurang hajar Nizam sebentar tadi!.  

Aku memandang keluar sepanjang perjalanan, selepas sejam.. Tengkuk aku terasa letih.. mungkin aku terlalu memaksa. But Im stressed out! .. Aku malu dengan kejadian tadi. Aku menarik nafas dalam, dan cuba merenggangkan otot leherku. Aku memandang kesebelah kiri.. Dia sedang tidur.. Lena.. Wajahnya aku tatap lama. Aku tak pernah nampak wajahnya sejelas ini. Wajah tidurnya lebih elok dan menyamankan dari wajahnya yang bengis masa bangun.  Aku mengeluh perlahan. Rasa marah aku reda melihat wajahnya yang innocent. Mataku terkatup perlahan, dan terlena disampingnya. Its a long way... i should get some sleep.. bisik hatiku.. 

"Tepilah!" kepala aku ditolak kasar. aku terjaga dari tidurku.  Nizam menjeling dan menepuk-nepuk bahunya kuat. "Kau ni tidur lain kali sandar kat cermin, ko ingat bahu aku ni bantal ke?" Sekali lagi sangat sinis bahasa yang dia keluarkan. Aku tidur, mane aku nak sedar!. lagipon, hina sangat ke? kotor sangat ke kepala aku ni? sampai kau nak marah sangat? bukan kepala Ba Alip Ba Ya pon!. Hati aku panas semula, dah lah aku tidur dikejutkan. pastu dikejutkan dengan cara yang macam tu.. memang sangat menyirap aku!. Kurang hajar sungguh! aku tau lah bapak kau da mati, tak payah lah nak jadi kurang hajar sangat. Patutlah mak kau lari tinggalkan kau, sebab kau ni anak derhaka agaknya!.. getus hati aku lagi.. geram dengan dia. Aku tak pernah mengungkit hal ni, tapi sikap nya yang macam tu, agak susah untuk aku berpura-pura tidak benci!.  Kruk..Kruk.. AiK.. perut aku plak berbunyi.. haiz.. time ni lah kau nak berbunyi!.. Aku melihat sekeliling, ramai yang turun makan. ada seorang dua yang tidur lena, tidak mempedulikan perut yang sedang bernyanyi minta di isi.  Ah, aku lapa.. nak makan! Aku bingkas bangun dengan niat nak turun beli makanan. Langkahku terbantut melihat driver bas da naik semula, masa da tamat. semua orang menuju kearah bas.  

Aku berjalan laju kearah driver "abang, 5minit abang. saya nak beli air jap.. tadi saya tertidur" aku memandang wajah driver tu. die mengangguk perlahan. "Kau nak pergi mana?" Nizam melihatku dengan wajahnya yang sememangnya senantiasa berkerut garang. "Aku lapar lah, nak beli air dan roti" Aku menolak badannya sedikit kuat. "Tak payahlah! da nak jalan ni.. nanti je beli, tadi tak nak turun.. berangan pasal jantan lah tu!" Sekali lagi die buat statement panas tu! ditolaknya badan aku naik semula ke atas. Aku hanya menurut. Bas bergerak perlahan keluar dari parkir dan menjalar di atas Highway. Nizam membuka bungkusan bege nya. Harum semerbak.. Perut aku berbunyi lagi.. Aku memang lapar.. tadi pon aku tak makan ape sangat. sebab busy melayan mak aku yang duk menapau kan aku macam-macam.. Dada aku secara tiba-tiba sebak, dan tanpa aku minta air mataku mengalir perlahan. Aku teresak-esak perlahan, harap-harap Nizam dan penghuni bas lain tak perasan lah.. 

"Nah..Aku da gigit sikit, tapi kau jgn banyak bunyi.. makan aje" secara tiba-tiba dia menghulurkan begenya yang telah digigit kepada aku. Aku menolak lengannya perlahan. Merajukkah aku? ... Ah, tak lah.. aku cuba menjaga air muka ku sendiri. "amik.." dia berbisik keras. Kalau kat rumah ni, mesti da kena herdik kuat! seb bek dalam bas.. Aku berdiam.. serba salah.. nak amik ke tak? ..  Tak sempat aku nak berfikir lebih lanjut, Nizam menghempas bege tadi kelantai!.. mungkin sebab aku yang lambat buat keputusan dia da mengamuk ke? tapi apekah??? sikap apekah manusia ni??? Hati aku yang tersentuh tadi, kembali panas..! aku memang benci kat mamat ni!!! haiz!!!  Dek sebab marah yang amat sangat, aku terus lupa pasal perut aku yang lapar.. perjalanan yang sangat panjang!.. aku benci !! benci!!!

No comments:

Post a Comment